"Siapa itu Sufiah?"
"Loyer? Majistret? Doktor?
"Bukan..."
"Sufiah bukan doktor... Dia pelacur."
"Habis tu kenapa kerajaan beriya-iya sangat sehingga menubuhkan jawatankuasa untuk mencari dan memujuknya supaya kembali ke pangkal jalan? Istimewa sangatkah budak perempuan yang suatu ketika dahulu dikatakan genius matematik?
"Loyer? Majistret? Doktor?
"Bukan..."
"Sufiah bukan doktor... Dia pelacur."
"Habis tu kenapa kerajaan beriya-iya sangat sehingga menubuhkan jawatankuasa untuk mencari dan memujuknya supaya kembali ke pangkal jalan? Istimewa sangatkah budak perempuan yang suatu ketika dahulu dikatakan genius matematik?
Sepanjang dia bergelar genius matematik, apakah jasanya kepada Malaysia? Adakah nama negara naik dengan kejayaan budak perempuan itu? Di mana dia tinggal ketika namanya naik?
Tentunya bukan di Malaysia. Dia berada di sebuah negara yang mengamalkan pergaulan bebas. Lelaki dengan lelaki boleh kahwin, perempuan dengan perempuan boleh nikah.
Minggu lalu Sufiah membuat pengakuan bahawa dia seronok menjadi pelacur. Katanya, dia senang dengan kerjayanya sekarang. Itu pengakuan jujur yang keluar dari mulut Sufiah sendiri.
Kalau dia senang dengan kehidupannya sekarang kenapa kita perlu berhabiskan duit hendak 'menyelamatkan' perempuan yang secara sukarela memilih cara hidup sedemikian?
Banyak lagi yang perlu kita tumpukan hal ehwal dalam negeri dan negara sendiri. Di ibu kota contohnya, ribuan kupu-kupu malam berpelesiran mencari 'rezeki' untuk hidup. Kenapa golongan ini tidak diselamatkan?
Lebih malang, majoriti daripada mereka adalah anak gadis Melayu beragama Islam. Rata-rata mereka berusia seawal 15 hingga. Asal usul mereka kebanyakannya dari kampung. Datang ke ibu kota untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Malangnya langkah mereka kurang baik. Mereka terjebak dalam kerjaya maksiat yang menjanjikan pendapatan lumayan. Mereka bekerja sebagai pelayan pelanggan di kelab-kelab malam, di restoran-restoran yang dimiliki orang bukan Melayu.
Di mana maruah anak Melayu? Sudah lama hilang. Desakan hidup dan kesempitan hidup mendorong mereka untuk memilih haluan salah.
Malah kebanyakan pelanggan yang melanggan dan dilayan oleh anak-anak gadis ini juga bukan dari golongan Melayu. Tidak adakah usaha untuk menyelamat mereka? Kenapa apabila berita mengenai Sufiah menjadi pelacur tiba-tiba meletup dan menimbulkan simpati umum?
Kenapa kita tidak bersimpati dengan nasib anak gadis Melayu kita yang menjual tubuh di ibu kota? Sebab mereka bukan Sufiah. Kalau ada yang bernama Sufiah pun, mereka bukan dari spesies genius matematik.
Oleh itu, baik kita lupakan Sufiah. Kita beri tumpu kepada usaha bagaimana hendak mengembalikan ke pangkal jalan anak-anak gadis kita yang tersesat jalan. Yang tubuhnya dirangkul, dipeluk, digendong dan disentuh oleh pelanggan bukan Melayu.
3 ulasan:
nama sufiah yusof pada hari ini meniti dari bibir ke bibir, dari warung2 kopi di hujung kampung hinggalah ke kota london. berita seorang pelacur bernama sufiah tiba2 menjadi lebih panas dr goreng pisang panas di kedai mek timah malah dalam sekelip mata nama 'shilpa lee' lebih terkenal dr shilpa shetty, pelakon unggul bollywood.
rata2 org awam termasuklah bloggers menunjukkan keprihatinan yg amat tinggi dan memandang berat isu sufiah. ada antara mereka yg menjadikan sufiah lead article di dalam blog masing2 untuk menekankan betapa bahayanya gejala pelacuran, selain itu ada yang menghuraikan dosa kehidupan sufiah secara terperinci sehingga boleh dikatakan tidak ada satu maklumat pun yang tertinggal sehingga panjang crita sufiah mengalahkn panjang sebuah cerpen, ini semua hasil drp kajian, penyelidikan dan analisis menyeluruh, serius dan mndalam bloggers terhadap kehidupan sufiah sehingga saiz tubuh sufiah pun di hujung jari mereka, ada juga yg mengkritik sufiah habis-habisan kerana besarnya kesalahan seorang pelacur bnama sufiah lalu protes dan kebencian yg meluap2 ini diterjemahkan dgn melayari gambar2 hangat sufiah demi mncari posing mautnya untuk dipaparkan di blog dan dikongsi dgn pembaca. bloggers rata2 menggemari dan memilih posing sufiah dlm keadaan separuh bogel dgn hanya berseluar dalam dan bercoli untuk dipaparkan di blog. biarlah sambil mengambil teladan rentetan hidup sufiah, seluruh dunia termasuklah pengunjung setia blog dan blog master lebih2 lagi dapat menyaksikan betapa kotornya pelacur cantik dan seksi bernama sufiah, juga menjamu mata sepuas2nya pada posing ghairah sufiah yang bisa mmbuatkan mana2 lelaki tak senang tidur dan terbayang2, sambil menyelam minum air, biarlah sambil mengambil teladan kisah sufiah dan yg lebih penting mberi kesedaran pada anak bangsa kita untuk menjauhi gejala pelacuran, masyarakat dibiarkan untuk meneropong setiap inci tubuh gebu sufiah. biarlah!
Keprihatinan yg sama juga ditunjukkan oleh pucuk pimpinan kita. Walaupun negara kini kalut dilanda pelbagai masalah besar spt hak ketuanan melayu yg smakin diganggu gugah dari hari ke hari, institusi diraja yg smakin terancam, kemasukan 2 warga israel ke malaysia atas tiket sukan yg merupakan satu pengkhianatan besar yg bakal kita lakukan terhadap saudara kita di palestin yg setiap hari, setiap saat dibunuh dgn kejam oleh zionis dan bermcm2 lagi, dato' seri abdullah badawi berpendapat masalah sufiah lebih besar. ini terbukti apabila beliau mmberitahu wartwan yg beliau sendiri akan ke kota london untuk berjumpa sufiah dan memujuk sufiah balik ke malaysia.
betapa baiknya dato' seri abdullah badawi, seorg pemimpin yg bertanggungjawab dan begitu peka terhadap isu yg berlaku bukan shj di malaysia malah di luar malaysia. alangkah bertuahnya kita kerana mmpunyai seorg perdana menteri yg bertanggungjawab dan alim seperti dato' seri abdullah badawi. itu belum lagi najib. kalau najib jadi perdana menteri, meminjam kata2 samy vellu, "esok hantar kemarin jugak sampai", hari ini berita tentang sufiah keluar, kemarin jugak najib sampai di manchester untuk berjumpa sufiah. semoga Allah mrahmati dato' seri abdullah badawi serta timbalannya dan dpanjangkn usia beliau dlm perkhidmatan serta ditambahkn lagi harta dan aset kedua2nya..
tak cukup dgn dia seorg, perdana menteri jugak bercadang untuk mmbawa anggota kabinetnya, ustazah masyitah sbg peneman untuk berangkat ke kota london demi melaksanakn misi memujuk sufiah. alangkah mulianya hati dua ekor merpati ni. eloklah tu. secocok benar. merpati sejoli sungguh- ummul hadhari ustazah masyitah vs imam hadhari abdullah badawi
apa yg mmbingungkan saya adalah mengapa hari ini ummul hadhari (ibu hadhari)ustazah masyitah mmbuat keputusan untuk memujuk sufiah supaya ke pangkal jalan sepertimana dlm artikel yg saudara paparkan sedangkan pernah suatu ketika dahulu ummul hadhari ustazah masyitah sendiri yg menyatakan di dalam ruangan soal jawab bersamanya bahawa wanita dibenarkan melacur dlm keadaan darurat. ini bg menjawab pertanyaan seorg ibu tunggal yg terpaksa menyara anak2nya dgn melacur. lebih kurang beginilah fatwa ustazah masyitah dalam metro keluaran jun, 3 tahun yg lepas, "ya, tak salah melacur, kiranya keadaan dh benar2 darurat".
jadi apakah salah sufiah menjadi pelacur kerana sufiah juga dlm keadaan darurat dan terdesak mahukan wang kerana terpaksa membiayai yuran pengajiannya dan dia juga darurat dan terdesak mahukan belaian lelaki kerana telah lama bercerai dgn suaminya, marshall? bukankah ini selari dgn fatwa masyitah yg bersumberkan kitab agung islam hadhari? ustazah juga ada mengatakn takder bezanya pelacur dgn org yg bekerja di bendang. kalau pelacur angkat kain, org yg bekerja di bendang pun angkat kain sampai ke betis jugak. mungkin ini satu lagi fatwa ustazah masyitah yg diambil dr kitab suci islam hadhari.
pokoknya, kalau begitu mengapa sekarang ustazah masyitah kalut ribut mahu menyelamatkan sufiah? kerana fatwa ustazahlah,ramai pelacur di luar sana pada malam hari melacurkn diri untuk mendapatkan wang dan pada siang harinya solat dan bertudung litup. ini kerana mereka menjunjung fatwa masyitah, wanita dibenarkn melacur dlm keadaan daurat. mungkinkah sufiah juga jadi begini kerana terbaca fatwa ustazah? jadi adakah misi menyelamatkan sufiah hanyalah sandiwara masyitah sahaja untuk memastikan survivalnya dlm politik memandangkan nama beliau makin tenggelam atau sudah timbul keraguan terhadap 'fatwa2' yg beliau keluarkan?
islam hadhari agama yg mudah dituruti, senang dihayati dan lagi senang untuk dipraktikkan. tak hairanlah ia pernah suatu ketika dahulu mmpunyai begitu ramai penganut di seluruh malaysia. seorang wanita yg diheret ke mahkamah pulau pinang kerana terlibat dgn pelacuran telah membawa keratan akhbar ummul hadhari ustazah masyitah ke mahkamah yg mengatakan wanita boleh melacur bila darurat. betapa kuatnya pengaruh 'fatwa' ustazah masyitah ini sampai boleh masuk ke mahkamah sebagai bahan bukti. entah berapa ramai lagi agaknya penganut islam hadhari sedang mnjalankan kegiatan pelacuran kerana keadaan darurat. wallahualam.
bagi yg beragama islam, tidak ada 'fatwa2' dr kitab islam hadhari. Bagi penganut islam senang jer, apa yg Allah dan Rasul kata boleh, itu yg kita buat, kalau dh Allah kata haram maka haramlah, kalau nk buat jugak itu lain cerita, dosa sendiri tanggung sbb dah tahu tak boleh buat, kenapa nak buat jugak!
mengikut pendapat seorang ulamak, kita boleh melanggar undang2 Allah dalam keadaan darurat sahaja. undang2 darurat ini pulak hanya boleh digunakan dalam satu situasi sahaja iaitu apabila NILAI NYAWA MENGATASI LARANGAN ALLAH, mksudnya boleh melanggar larangan Allah demi meneruskan nyawa bila keadaan dh benar2 darurat, contoh, dalam keadaan kemarau dimana pohon2 kayu semuanya mereput dan air sungai semuanya kering kontang, tidak ada satupun sumber makanann yg tinggal dan tiba2 lalu seekor babi, maka tidak lagi haram bagi kita memakan babi tersebut. tetapi untuk menggunakan undang2 darurat inipun ada syaratnya lagi, syaratnya ia hanya haram bagi sebelah pihak sahaja. dalam konteks ini haram bagi manusia bukan babi. manusia haram memakan babi tetapi tetapi tak pula haram bagi babi dimakan oleh manusia. ini kerana babi atau mana2 haiwanlah tak ada pantang larang atau halal haram dan boleh brbuat sesuka hati. Dan syarat kedua hanya makan babi tersebut berpada2 sahaja dgn tujuan untuk hidup, tak boleh lebih2. dan syarat lain yg juga perlu dipatuhi, babi tersebut tidak boleh dibunuh dgn kejam, tapi tak perlulah sampai nak sembelih kerana sembelih babi pon, babi hukumnya tetap haram, cukuplah babi tersebut tidak dibunuh dgn zalim.
situasi kedua di mana NILAI NYAWA ADALAH SETARA. Contohnya, seorang perempuan diacukan pistol di kepalanya dan dia disuruh untuk membunuh seorang budak di mana jika perempuan tersebut tidak mmbunuh budak di hadapannya, dia akan ditembak mati. dalam situasi ini, di mana nilai nyawa adalah setara ataupun dgn kata mudah nyawa vs nyawa, hukumnya haram bg kita melanggar perintah Allah dgn mmbunuh kerana mmbunuh itu haram. Kita wajib mmbiarkan diri kita dibunuh dan Insyallah kita akn dianugerahkn ganjaran mati syahid kerana mcm mana sekalipun, satu nyawa pasti melayang dan kita tidak boleh mlakukan dosa dgn mmbunuh.
Dan situasi ketiga, di mana NILAI NYAWA MENGATASI LARANGAN ALLAH tetapi kali ini ianya bukan haram bagi seblah pihak tetapi haram bg kedua2 belah pihak yg menyebabkn undang2 darurat ini tidak boleh diguna pakai. contohnya, melacur dalam keadaan darurat. ianya bukan sahaja haram bg perempuan kerana berzina tetapi lelaki juga diharamkan berzina. apakh ummul hadhari tak tahu bnda semudah ini? kalau perempuan berzina atau melacur, dia boleh dikatakan terdesak dan dalam keadaan darurat perlukn wang tp lelaki pulak apa kes nk berzina ni? adakah dia jugak dalam keadaan darurat dan terdesak? takkan lah lelaki tu nak kata, wahai ustazah masyitah, perempuan itu terdesak perlukan wang, jadi sy pon terpaksalah berzina dgn dia untuk tolong dia. itu mmg tak masuk akal sama sekali. kalau ikhlas nak tolong, bg jerlah duit, buat apa nak berzina. jadi berbalik kepada melacur kerana darurat, ianya haram. untuk pengetahuan ustazah masyitah berdasarkn apa yg saya faham, undang2 darurat tidak boleh diguna dipakai untuk melacur walau dlm keadaan apa sekalipun.
ustazah sudah2 lah tu.. kembalilah ke pangkal jalan. ustazah nk bawak sufiah ke pangkal jalan, tp kami lagi sedih tgk ustazah, blaja agama bukan main tinggi, jgn pulak jadi seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul, ustazah yg kena dibawa ke pangkal jalan dahulu, barulah boleh bawa org lain.
selain isu sufiah, byk lagi 'fatwa2' ustazah yg menyeleweng. nnti bila tiba masa yg sesuai, sy akan dedahkan lagi lebih2 lagi ttg hudud dan isu tak sembhyang ni. buat masa ni sy nk sentuh sedikit ttg hudud dulu sbb kebetulan masa sy mengaji tadi sy terjumpa kalimat 'hududullah' yg bermaksud hudud Allah. (sy ni arab tak pandai sgt tp yg basic2 tu taulah sepatah dua). ianya antara juzuk satu hingga lima kalau tak silap saya. ini bermakna perkataan 'hudud' itu bukan sebarang perkataan biasa atau nama yg diberi oleh pas tetapi ia adalah kalimat Allah seperti yg termaktub dalam kitab suci al-Quran.
sy boleh ingat perkataan tersebut kerana bila sampai kepada perkataan 'hududullah', tiba2 sy mengimbas apa yg ustazah masyitah cakap tentang hukum hudud. masyallah, ustazah benar2 tak takut api neraka agaknya sehingga boleh mmpermainkan hukum tuhan.
jgnlah ada antara kita yg mcm ni. walaupun kita rasa susah untuk menerima hukum hudud, jgnlah sesekali kita menghinanya kerana itu adalah perintah Allah, ada dalam al-quran. seperti jugak solat, walau kita merasa berat untuk melakukan solat, kita tidak pernah mghina apatahlagi mmpermainkan perintah Allah supaya kita solat lima 5 waktu.
bercakap tentang solat ni, ia adalah amalan pertama yg akan dihitung oleh Allah dan ketika mencapai usia baligh kita wajib solat, hatta smbil berperang pun kita wajib solat walaupun solat kita sambil berlari kerana dikejar musuh. sekiranya sebelum ini kita telah meninggalkn solat, kita wajib menggantikan atau qadhak solat yg kita tinggal bermula dr hari kita mula2 baligh kerana qadhak sembahyang itu lebih afdhal dr melakukan solat sunat.
berbalik kepada isu tadi, kita tidak mmpermainkan perintah Allah menyeru kita melakukan solat tetapi mengapa kita berani mmpermainkan hukum hudud yg juga merupakan perintah Allah yg termaktub dalam al-Quran sepertimana solat?
saya telah melihat bagaimana ustazah masyitah mmpermain2kn hudud Allah, dan beliau rasakan hudud patut digantikn dgn undang sivil. adakah masyitah merasakan dia lebih hebat dan lebih bijak dr Allah? org yg mencuri katanya tak boleh dikenakan hukum potong tangan. katanya mcuri hari pertama potong tgn kanan, mncuri hari kedua potong tgn kiri, mncuri hari ketiga tak tau nk potong apa dah, pencuri mcuri dgn mulutlah pulak. betapa bodohnya ustazah kita yg seorg ini, harap belajar jer tinggi tp otak di kepala lutut agaknya. jgnlah kita jadi mcm dia, buat malu jer. sy nk tanya pembaca sekalian, kiranya hudud benar2 dijalankan di malaysia, berapa ramai antara kita yg benar2 berani mencuri? sampai ugut nk potong tangan kanan, potong tangan kiri dan nak potong mulut pulak, tu namanya gila. masyitah dh kronik sgt nih.
nak laksanakan hudud pon ada syratnya lagi, bukan mudah2 jer nk main potong tgn org mcm potong sayur, ustazah. kena tgk pulak, kenapa org tu mencuri, apa yg dia curi, kena ada beberapa org saksi, syrat saksi tu pulak kena ada saksi lelaki dan ada saksi perempuan, saksi2 tu pulak tak boleh kenal antara satu sama lain takut mereka berkomplot buat nk aniaya dan fitnah, dan lagi saksi tu kena betul2 nmpk org tu mcuri di depan dia, bukan main serkap jarang je masyitah. percayalah masyitah, Allah maha mengetahui dan bijaksana. Dia tak akn buat hukum supaya umatnya menderita.
masyitah baca quran tp dia tak percaya Quran ke hah? hudud belum pun dilaksanakn lagi, dh mcm2 cerita karut keluar, media menakut2 org ramai dan org2 bukan melayu betapa kejamnya hudud. ini semua tak betul. Allah maha pengasih lagi maha penyayang, Dia lebih mengetahui apa yg terbaik bg umat manusia.
bila ada masa lagi, sy akan berkongsi dgn pmbaca sekalian dan akan jelaskn scara lebih detail, insyallah ttg isu hudud ni. semoga Allah mmberikan kita taufiq dan hidayah untuk menerima yg haq dan menolak yg batil. Cukuplah di kesempatan ini saya mahu pembaca sekalian fikir-fikirkanlah sendiri, antara undang2 buatan Allah dan undang2 buatan manusia. mana yg lebih bagus? sudah tentu hukum Allah. ini tak boleh dinafikan lagi. jika anda mengatakan hukum potong tangan itu zalim, hukum gantung tu tak zalim ker? apakah anda lebih kasihan kepada pesalah berbanding dgn org yg mnjadi mngsa perbuatan yg tidak bermoral? Allah ibarat engineer yg buat manusia, sudah tntu Dia tahu apa yg terbaik untuk manusia. Adakah anda fikir Tuhan yg bersifat dgn sifat ar-Rahman dan ar-Rahim menyuruh kepada sesuatu yg mmbebankan manusia? Tentu sekali tidak.
fikirlah sendiri, bila dh ada hukum hudud, contohnya mncuri potong tangan, saper lagi yg berani mencuri. tepuk dada tanya selera. Maka negara kita akan jadi seperti arab saudi, sepuluh ringgit jatuh ke lantai, tinggallah ia kat situ smpai seminggu, dua minggupun,takder sesiapa teringin nk masuk poket.
kalau ditakdirkan ada rakyat Malaysia dikenakan hukum potong tgn kerana mencuri, ia akan menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Mlaysia yg lain dan lepas ni takder saper2 lagi yg berani nk mncuri. tak mcm undang2 sivil, nk cari perogol ke pencuri ker, pergi buka fail rekod jenayah lama, check dna, check itu, check ini, tgk2 betul, org yg sama, keluar masuk, keluar masuk penjara pon tak serik2 dan melakukn jenayah yg sama. mengapa? sbb kelemahan undang2 sivil itu sendiri.
walau bagaimanapun sbgmana yg telah sy katakan, kalau tak mmpu jugak nk laksanakn hudud, mungkin kerana pencuri sebnar bukanlah dr kalangan org2 yg menganggur ataupun org2 miskin, tp mereka yg kaya-raya, yg memegang tmpuk pemerintahan negara dan mereka juga mmpunyai kuasa untuk menolak sesuatu undang2, maka tolak sajalah dgn diam, itu lebih baik, tak payah menyalak2 seperti anjing gila mencari kelemahan hukum Tuhan dan mmpermainkan hukum Tuhan. Hukum Tuhan sesuai dan akan kekal sehingga ke akhir zaman seperti jugak al-Quran.
teringat sy pada firman allah: "Faiza hakamtum bainannassi an tahkumu bil adl", maksudnya, "apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu mghakimi dgn adil". undang2 yg adil hanyalah undang2 Allah dan hanya dapat dilaksanakan oleh pemerintah yg adil!
Sufiah Yusof Seksi Hot
Catat Ulasan