Ahad, 18 Oktober 2009

Versi Facebook

DrMasjuki Musuri: Salam semua. Berhentilah menuding jari kepada orang lain, banyakkan melihat ke dalam diri untuk muhasabah (menghisab diri) untuk membuat Islah. Yang terasa banyak berdosa jgn tangguh bertaubat. Yg selalu rasa diri tu dah cukup pandai, kaya, berkuasa,... belajarlah merendah diri sedikit dgn merujuk, terutamanya kepada Allah melalui kitabnya & Rasul melalui Sunnahnya. Allah tidak berat mengampun dosa besar asal kita segera taubat. yg tidak diampun adalah kerana sengaja tidak bertaubat. Lagu pendek ini mungkin membantu menenang jiwa kita hari ini agar tidak jadi orang yg rugi.Read MoreLagu Nyanyian Warga Prihatin Penenang Jiwa.

Comment
Mariniey Mohd: betul tu dr...manusia ni kdg2 hanya ingat diri dia lah yang paling perfect...org lain semua tk kena..sanggup nayakan org lain lak tu...kan

DrMasjuki Musuri: Salam sejahtera utk marini...

Pekida Rnd: Melelehhhh.... Alhamdulillahhhh

DrMasjuki Musuri: 4. An Nisaa' 17. Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan (tak tahu - kononnya), yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

DrMasjuki Musuri: Allah bijak menilai penipuan kita, tahu kata tak tahu, sedar kata tak sedar... dengan sengaja membuat dosa. Beraninya kita menentang dan menipu Allah terang terangan.
Ada siapa yg tak tahu berzina itu dosa besar ketika ini? jadi mula saat ini, jika kita masih lagi melakukannya, akan di ampunkankah dosa itu nanti berdasarkan ayat tadi??? fikir lah sendiri dan jawablah sendiri.
Jika hidup menentang Allah terang terang, boleh kah yasin dan tahlil yg dibacakan oleh orang lain di liang kubur kita membantu ??? Kami yakin anda tahu jawabnya (jangan buat buat tak tahu sudahlahhh). Oleh itu, Janganlah ingat allah akan lepaskan kita yg suka ambil kesempatan atas sikap pengampunnya Allah (konon - ingat, allah bijak mengesan kefasikan, kepalsuan hati, mulut dan tangan kita).

DrMasjuki Musuri: any body can deny?

Manzaidi Mohd Amin: Sejuk mata memandang alam, tenang jiwa diselimuti rahmat, harmoni perasaan diselubungi nur...Alhamdulillah Dr. Sesunguhnya kita akan ditempatkan dalam kalangan org2 beriman.

DrMasjuki Musuri: insyaallah jika kita terus ikhlas dan bersungguh sungguh berusaha ke arah itu...

DrMasjuki Musuri: apa yg Warga Prihatin temui hasil kajian selama ini, yg dirasai oleh segenap jiwa warga sangat menenangkan dan meyakinkan.

DrMasjuki Musuri: Alhamdulillah segala puji untuk Allah yg memberikan petunjuk hidayahnya. Alangkah sejahteranya dunia jika semua manusia tahu aapa yg kami tahu.
Bagaimanalah hasil kajian berpuluh tahun nak di paparkan dalam ruang fb yg sempit dan masa yg terbatas ini...

Mohd Hazazi: Ayahnda Dr,anakda setuju. Manusia yang dibalut dgn ilmu Allah akan mengenal erti kemanusiaan. Kezuhudan,dan senantiasa membawa risalah murni untuk mencapai tahap redo Allah.
Bertaubat mampu mambawa jiwa yang bergoncang kpd jiwa tenang. InsyaAllah. Semoga Allah merahmati kita semua!

Khamis, 15 Oktober 2009

'Kepuasan rakyat keutamaan saya'

PUTRAJAYA 14 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha memenuhi kepuasan rakyat menjadi keutamaan beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

"Setiap pemimpin ada stail masing-masing. Saya tidak tahulah apa stail yang orang lihat yang ada pada saya, tetapi saya sudah gariskan bahawa apa yang saya buat adalah untuk memenuhi kepuasan rakyat.

"Ini yang saya utamakan dalam gerak kerja yang saya akan lakukan," kata Najib yang juga Presiden UMNO semasa wawancara eksklusif dengan Bernama di pejabatnya sempena Perhimpunan Agung UMNO.

Najib yang bergiat aktif dalam politik selepas kematian bapanya, Allahyarham Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua turut ditanya sekiranya beliau melihat ada persamaan antara cabaran politik semasa dengan apa yang dihadapi arwah bapanya yang mengharungi cabaran membangunkan negara selepas pilihan raya 1969 yang dicemari dengan rusuhan kaum pada 13 Mei.

"Ia memang satu krisis, malah hanya ada dua krisis utama dalam sejarah negara, iaitu pada tahun 1969 dan 2008," kata beliau yang merujuk kepada kemerosotan sokongan ketara yang dialami oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau berkata semua pihak perlu memberi respons terhadap kekalutan itu, dengan merujuk kepada respons oleh arwah bapanya dalam menghadapi cabaran mendatang, yang hasilnya negara menjadi pulih dan demokrasi berparlimen dikembalikan.

"Tun Razak memulakan Barisan Nasional dan menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh peristiwa 13 Mei; diadakan parti durian dan macam-macam lagi; semua ini bertujuan membawa semua kaum untuk bekerjasama, malah beliau juga menjadi orang penting dalam membawa parti pembangkang, Gerakan dan PPP menyertai BN, beliau yang melaksanakan rekayasa politik.

Ditanya apa yang beliau mahu anggota UMNO buat untuk memperkukuhkan perpaduan kaum, Presiden parti itu berkata beliau ingin melihat mereka bermula dengan perpaduan dalam parti terlebih dahulu dan kemudian dalam konteks BN.

"Selepas itu, UMNO juga mesti menjadi pelopor kepada usaha untuk membuat program outreach dengan mereka yang tidak menjadi anggota mana-mana parti komponen Barisan Nasional.

"Sebab itulah, saya mengajukan sikap keterbukaan dalam setiap pendekatan BN," kata beliau.

Najib sendiri mengamal apa yang beliau sarankan.

Antaranya, beliau sering melakukan "tinjauan mesra" untuk meninjau masalah rakyat, memberi tumpuan saksama kepada rakyat Sabah dan Sarawak dan menemui pelbagai pertubuhan yang mewakil berlainan kaum.

Yang terbaru Najib menunjukkan kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak di luar BN yang menyokong Barisan Nasional apabila beliau melancarkan Parti Makkal Sakti baru-baru ini. - BERNAMA

Pindaan bersejarah jadikan UMNO lebih demokratik

KUALA LUMPUR 14 Okt. – UMNO bakal melakar sejarah baru esok apabila lebih 2,500 perwakilannya dijangka meluluskan pindaan pada tujuh fasal perlembagaan parti itu termasuk menyerahkan pemilihan pucuk pimpinan kepada kelompok ahli yang lebih besar.

Dalam sejarah penubuhannya 60 tahun lalu, ini kali pertama pindaan dilakukan oleh UMNO bagi menjadikan ia lebih demokratik dengan pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan seperti sekarang.

Matlamatnya ialah untuk memastikan pemimpin benar-benar datang daripada akar umbi di samping mengelakkan penyelewengan terutama politik wang.

Naib Presidennya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan itu hanya membabitkan tujuh fasal dan 41 klausa.

Namun katanya, ia merupakan sesuatu yang bersejarah dan bakal memberi kesan besar kepada parti.

Sebab itu katanya, penerimaan secara sebulat suara oleh lebih 2,500 perwakilan amat diharapkan.

“Pindaan ini adalah sebahagian daripada proses transformasi parti, bagi membolehkan UMNO lebih demokratik, telus dan inklusif,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 13 wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini hari ini.

Pindaan yang bakal dibentang Hishammuddin memberi tumpuan kepada Fasal 9.3 membabitkan pemilihan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Melalui pindaan itu, semua jawatan tersebut yang sekarang ini dipilih oleh para perwakilan pada perhimpunan agung akan dipilih melalui persidangan bahagian setiap tiga tahun oleh 146,500 ahli.

Melalui usul pindaan itu, semua ketua sayap parti peringkat cawangan dicadangkan menjadi perwakilan secara automatik.

Transformasi itu juga akan menyentuh pindaan berhubung kelayakan calon, komposisi dan tanggungjawab MT.

Selain itu ia juga menyentuh hal-hal seperti yuran, pendaftaran keahlian dan komposisi perhimpunan agung tahunan.

Bagi cadangan pindaan berhubung kelayakan calon MT melibatkan Fasal 9.5 yang menghapuskan terus sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran ahli-ahli yang ingin bertanding.

Cadangan pindaan itu menyebut calon-calon yang ingin bertanding mana-mana jawatan MT cuma perlu mendaftar diri dan pernah memegang jawatan ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal.

Komposisi MT pula berkaitan dengan Fasal 9.2.8 yang antara lain memberi hak automatik sebagai perwakilan ke mesyuarat perwakilan bahagian.

Ia juga menyentuh mengenai cadangan tambahan seorang wakil Wanita untuk jawatan ahli jawatankuasa (AJK) lantikan di peringkat MT, bahagian dan cawangan menjadikan jumlah AJK lantikan Wanita seramai dua orang.

Berhubung tanggungjawab MT yang melibatkan pindaan Fasal 10, ia akan memberi kuasa kepada MT untuk menetapkan satu tarikh serentak untuk diadakan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian.

Dengan itu kesemua 191 bahagian akan berlangsung serentak.

Pindaan Fasal 25.1 pula mengetengahkan cadangan penghapusan yuran tahunan dan digantikan dengan yuran seumur hidup sebanyak RM2 bagi mengelak sebarang pertikaian.

Dua lagi fasal yang terlibat dalam pindaan adalah Fasal 5.2 menyentuh tentang pendaftaran keahlian dan Fasal 8.4.4 berhubung komposisi perhimpunan agung tahunan.

Cadangan antara lain berkenaan langkah menambah baik borang keahlian UMNO bagi memudahkan proses menjadi ahli UMNO.

Komposisi perhimpunan pula berkaitan cadangan menerima kesemua 191 setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO secara automatik. - UTUSAN MALAYSIA

Beeerapa banyak Bank daaa...

Pergerakan Pemuda Umno meminta kerajaan mewujudkan Bank Belia dengan alasan menggalakkan golongan itu terlibat dalam bidang keusahawanan.

Pada saya, wujud sebanyak mana pun bank yang berkaitan untuk membantu pelbagai golongan di negara ini kalau fungsinya gagal dilaksanakan sebagaimana mengikut perancangan, ia tidak akan berjaya.

Sudah banyak program dan konsep berbentuk bantuan serta pinjaman telah kerajaan wujudkan, tetapi semuanya tidak menampakkan kejayaan menggalakkan kerana sistem pengurusannya penuh dengan kerenah birokrasi.

Kerajaan tidak perlu mewujudkan Bank Belia kalau benar-benar ikhlas hendak membantu golongan itu, cukup dengan apa yang sudah ada sekarang iaitu skim pinjaman Mikro Kredit yang diuruskan Bank Simpanan Nasional (BSN), cukup dengan skim Tekun, Amanah Ikhtiar dan pinjaman Mara.

Perkasakan yang ini dulu, kaji semula kenapa skim ini tidak dapat dlaksanakan dengan baik dan sempurna, sebelum kerajaan mengambil langkah mewujudkan skim baru. Ini akan menjadi bahan ketawa parti lawan.

Bukan saya tidak bersetuju dengan cadangan itu, tetapi sejarah sudah membuktikan setiap skim baru yang diperkenalkan, pelaksanaannya tidak pernah menemui jalan penamat yang baik.

Pelbagai rungutan timbul dalam kalangan peminjam. Kena dapakan tanda tangan pemimpin itu dan pemimpin ini. Selepas itu, keperibadian peminjam dikaji, diteliti dan disiasat. Kalau 'bersih, barulah peminjam itu akan mendapat pinjaman.

Kaedah ini amat tidak baik. Ini kerana kebanyakan peminjam yang mendapat pinjaman bukan berjiwa perniagaan, tetapi menggunakan pinjaman itu untuk tujuan lain seperti membayar pendahuluan kereta, baiki rumah dan sebagainya.

Sedangkan, peminjam yang permohonannya ditolak adalah yang benar-benar berjiwa perniagaan. Tetapi malangnya, permohonan mereka ditolak. Jadi, apa tujuan sebenarnya Bank Belia diwujudkan kalau kerenah birokrasinya dan syaratnya sama seperti skim lain.

Sudah tentu usaha ini juga menemui jalan penamat yang memalukan. Selepas itu, cadang wujud nak entah apa-apa pula..begitulah sehingga akhirnya kerajaan memerintah bertukar menjadi pembangkang.

Walaupun niat Pergerakan Pemuda adalah baik dan ikhlas hendak membantu golongan belia, tetapi bukan dengan cara mewujudkan Bank Belia. Banyak lagi kaedah lain yang perlu dilakukan pergerakan itu seperti mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya mengkaji semula semua skim pinjaman sedia ada.

Daripada puluhan skim yang ada, mungkin ada satu dua skim yang berkaitan dengan Belia iaitu Tekun dan Mara contohnya. Perkasakan yang ini. Kaji semula syarat pinjaman dan permudahkan urusan meminjam. Barulah usaha membantu belia terlibat dalam bidang usahawan berjaya.

Cuba kerajaan selongkar fail berkaitan pinjaman di pejabat UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan, rasanya beribu-ribu keping borang yang telah siap diisioleh peminjam telah di tong-sampahkan dan menunggu masa kedatangan lori sampah untuk dilupuskan.

Permohonan itu ditolak dengan alasan peminjam ini bukan 'orang kita'. Ahli keluarganya penyokng kuat parti pembangkang dan peminjam tidak ahli parti pembangkan dan sebagai-bagainya lagi.

Kalau aspek dan faktor 'orang kita' dan 'bukan orang kita' diambil kira sebagai syarat meluluskan pinjaman, amat sedihlah bagi bangsa Melayu.

Pemimpin atasan melaungkan Hidup Melayu... Pemimpin atasan berusaha bermacam-macam usaha hendak membantu Melayu, tetapi apabila dilaksanakan, akan berlakulah Melayu menindas Melayu.

Akhirnya Melayu merempat di bumi Melayu kerana perbuatan orang Melayu. Siapa pemimpin Melayu itu? Pemimpin yang sama yang mencadangkan itu dan ini.

Isnin, 12 Oktober 2009

Tahniah Mohd Isa

Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada Tan Sri Mohd Isa Samad atas kemenangan besar beliau dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam. Kemenangan ini membuktikan rakyat memerlukan khidmat Mohd Isa sebagai wakil rakyat dan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang sepanjang memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan tidak lama dulu.
Walaupun parti pembangkang memainkan isu Mohd Isa rasuah dan perasuah ketika berkempen, ternyata isu itu tidak diterima pakai oleh rakyat, malah rakyat tahu siapa yang benar, siapa yang salah.
Apabila rakyat sudah kasih dan sayang kepada seseorang pemimpin atau bekas pemimpin, kata apa pun yang buruk-buruk terhadap pemimpin kesayangan itu, pendirian dan keputusan mereka tetap tidak berganjak. Mereka tetap memilih dan memberi undi kepada calon yang mereka suka.
Inilah senario yang dapat kita lihat di DUN Bagan Pinang. Rakyat memilih Mohd Isa kerana mereka sayangkan Mohd Isa. Mereka tidak suka kepada calon Pas, walaupun Pas mendakwa calonnya bersih seperti bayi atau kain putih. Padahal hakikatnya ia tidak sebersih sebagaimana diperkatakan. Dalam usia yang sudah dewasa, mustahil seseorang pemimpin Pas tidak melakukan kesalahan. Itu sudah jelas.
Namun pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mencipta tersendiri apabila menyaksikan banyak kes dan laporan sepak menyepak, baling membaling, tumbuk menumbuk, tendang menendang, tampar menampar dan lebih parah cedera akibat dibaling batu.
Perbuatan membaling batu ini dilakukan oleh penyokong pembangkang. Bab meniru gaya atau trend rakyat negara lain memang digemari oleh pembangkang dan trend membaling batu ini selalunya digunakan oleh rakyat Palestin. Jadi, pembangkang cuba praktikkan di DUN Bagan Pinang. Tidak mustahil selepas ini dalam apa saja keadaan, mereka akan membaling batu.
Adalah sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja yang tidak terlibat dengan penyokong pembangkang, agar berhati-hati kalau berhadapan dengan situasi itu. Kalau mereka tidak mahu batu pelbagai saiz itu hinggap di mana-mana anggota tubuh badan, lebih baik jauhkan diri dan jangan terlibat sama sekali dalam apa saja provokasi yang melibatkan pembangkang.
Dan kalau berlaku lagi pilihan raya kecil di mana-mana negeri, elok kita mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai baju tebal atau pakaian kalis batu bagi mengelak terkena balingan objek keras.

Ahad, 11 Oktober 2009

Penyokong pembangkang ditahan edar wang palsu atas nama BN

PORT DICKSON: Dua lelaki masing-masing berusia 35 dan 23 tahun yang dipercayai penyokong parti pembangkang ditangkap polis selepas cuba mengedarkan wang palsu dengan menggunakan sampul surat Barisan Nasional (BN), kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Wang palsu yang disimpan dalam 69 sampul surat itu mengandungi nota "Undilah BN, Undilah Isa" dengan setiap sampul diselitkan tiga keping wang tunai RM100, kata beliau.

"Mereka ditahan semasa menunggang motosikal pada pukul 5 petang tadi di kawasan pilihan raya, wang palsu itu disimpan dalam beg sandang," katanya kepada pemberita di bilik taklimat Markas Taktikal Polis di sini pada Sabtu.

Katanya duit palsu itu mempunyai siri nombor yang sama dan dicetak dengan mesin penyalin, tetapi polis masih menyiasat mengenai tempat ia dicetak.

Kedua-dua lelaki itu dipercayai cuba memburuk-burukkan imej parti lawan dengan mengedarkan wang palsu, katanya sambil menambah salah seorang yang terlibat merupakan penuntut Malaysia di Mesir yang sedang balik bercuti.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 489 (C) Kanun Keseksaan kerana cuba mengedarkan wang palsu, katanya. BERNAMA

Selamat mengundi pengundi Bagan Pinang

Hari ini lebih 13,644 pengundi DUN Bagan Pinang dengan majoritinya adalah Melayu akan membuang undi untuk memilih sama ada calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad atau calon Pas, Zulkifley Mohammad Omar.

Umum tahu DUN itu adalah kubu kuat BN dan pemilihan TS Mohd Isa sebagai calon adalah tepat memandangkan majoriti daripada pengundi kawasan itu mahukan TS Mohd Isa sebagai wakil rakyat mereka.

TS MOhd Isa mempunyai rekod cemerlang dalam pentadbirannya ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar tidak lama dulu. Banyak pembangunan rohani dan sosio-ekonomi telah ditingkatkan bawah kepimpinannya.

Taraf hidup rakyat Negeri Sembilan juga tiada tolok bandingnya dengan negeri lain. Kemajuan ini adalah kejayaan mutlak TS Mohd Isa yang tak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak termasuk pakatan pembangkang sekali pun.

Pemerhati politik mengatakan tidak ada sebab kenapa rakyat perlu menolak calon BN dan memberikan kemenangan kepada TS Mohd Isa bagi membolehkan beliau meneruskan kesinambungannya sebagai wakil rakyat.

Bagaimanapun, segala penentuannya akan diketahui malam ini, setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai membuat pengiraan undi dan mengumumkan pemenang.