KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661 pengundi
berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pad
Ahad, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam PRU di negara ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan
Omar berkata kesemua pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.
Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh
negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus
daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai
raya.
Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (DUN) Tungku, di daerah
Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu,
di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.
Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.
Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam. - BERNAMA
Ahad, 5 Mei 2013
Dalang Lahad Datu didedah
![]() |
| RAJA Petra Kamaruddin bercakap kepada pemberita sebelum memberi
kenyataan kepada polis di luar bangunan pejabat Kedutaan Besar Malaysia
di Jakarta, Indonesia, kelmarin. |
Selain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Raja Petra turut mendedahkan, dua pemimpin PKR lain yang terlibat dalam rancangan menggugat keselamatan negara ialah Tian Chua dan R. Sivarasa.
Pengendali laman web Malaysia Today itu berkata, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang bertujuan merancang pencerobohan pengganas Kiram.
Menurut Raja Petra, permulaan kepada perancangan membawa masuk pengganas Kiram bertitik tolak pada pertemuan antara Anwar dan Misuari di Hotel Crown Plaza, Jakarta pada 16 Julai tahun lalu.
Selepas pertemuan sulung itu, pakatan tiga pemimpin PKR itu tegas Raja Petra, mengatur perjumpaan lain untuk merancang strategi bagi menggugat keselamatan negara.
"Selain Anwar, orang seperti Tian Chua dan Sivarasa juga terlibat (dalam perancangan dan pertemuan dengan Misuari)," dedah Raja Petra kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.
Raja Petra tiba dari Manchester, United Kingdom pada Rabu lalu untuk memberi keterangan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Beliau sebelum ini pernah mendakwa mempunyai maklumat bahawa Ketua Pembangkang itu mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu dalam artikelnya.
Artikel berkenaan yang bertajuk Kisah di sebalik insiden Lahad Datu disiarkan Raja Petra di dalam laman web Malaysia Today pada 25 Mac lalu.
Raja Petra turut menegaskan, Anwar tidak pernah menafikan pertemuan dengan Misuari. Sehubungan itu, Raja Petra mengesyaki ada agenda tersembunyi antara Anwar dan Misuari.
"Anwar tidak pernah menafikan beliau pernah bertemu dengan Misuari. Tian Chua dan Sivarasa juga tidak menafikan pertemuan itu," sambung Raja Petra lagi.
Tegas Raja Petra, pemimpin-pemimpin PKR itu sebaliknya hanya menafikan perjumpaan itu ada kaitan dengan isu Lahad Datu.
Raja Petra berkata, kesanggupan beliau terbang jauh ke Jakarta ialah untuk direkodkan keterangannya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan.
Justeru, beliau tidak akan menafikan apa yang beliau tulis kepada polis dan akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penerbitan artikel itu.
Jumaat, 3 Mei 2013
Jambatan Palekbang dibina jika BN diberi mandat
![]() |
| Batu nisan Nik Aziz |
Projek jambatan Palekbang adalah antara puluhan janji kerajaan Pas Kelantan yang masih belum dilaksanakan sehingga hari ini.
Ketika pengumuman dibuat pada 1996, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra untuk mencemar duli meletakkan batu asas sebagai simbolik pelaksanaannya.
Tuk Syeikh Nuar Brahim 'berpenyakit' kata Tun Daim
Mat Lutu tak berani nak komen pasal apa Tun Daim cakap. Mat Lutu takut
juga Tuk Syeikh Nuar nak tangkap masuk penjara semua orang yang tak
setuju dengan dia.
Hari tu dia kata nak tangkap pengurusan TV3 kalau dia menang. Semalam, budak Rafizi Ramli tukang canang dia cakap nak penjara Tuk Najib pulak. Eh, hebat betul anak didik Tuk Syeikh Nuar, betul-betul ikut belakang bos dia pasal cakap besar.
Mat Lutu harap si tukang canang muda itu dengar apa kata Tun Daim. Tun Daim ni bukan orang sebarangan. Dia tahu sapa Tuk Syeikh Nuar. Bila Tun Mahathir nak bawa masuk Tuk Sheikh Nuar, dia bertanya Tun Daim.

Dakwa Saiful mangsa konspirasi: Bapa tarik balik kenyataan
![]() |
| Azlan menunjukkan permohonan maaf dan kenyataan keluar secara rasmi daripada PKR, di Balakong, semalam. |
Dalam sidang medianya di sebuah hotel di sini, Azlan, 61, berkata kenyataannya pada 8 Mac lalu adalah akibat terpengaruh dengan hasutan serta desakan beberapa individu.
Beliau turut menarik balik permohonan maaf kepada Anwar dan keluarga ketua pembangkang itu sebelum ini.
Saiful pertahan diri tayang sumpah laknat kali kedua di depan Kaabah
Petaling
Jaya: Saiful Bukhari Azlan, 28, semalam terus mempertahankan dirinya
sebagai mangsa liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menayangkan rakaman
video sumpah laknat kedua yang dilakukannya di hadapan Kaabah di
Makkah.
Saiful berkata, sumpah berkenaan dilakukannya ketika menunaikan umrah bersama arwah neneknya, April tahun lalu, bagi memohon petunjuk Allah dan melepaskan rasa sedih atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan liwat berkenaan.

Rosmah Perjelas Dakwaan Miliki Cincin Mewah
KOTA BAHARU: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor berkata fitnah kononnya beliau memiliki cincin mewah
adalah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menimbulkan
kebencian rakyat terhadap pemimpin.
Rosmah sekali lagi menjelaskan bahawa cincin tersebut dibawa masuk selama tiga hari untuk dilihat oleh bakal besannya yang berada di Malaysia ketika itu.
"Itu (cincin) bukan saya punya. Dia (besan) kenal orang tu sebab dia good customer (pelanggan yang baik) jadi dialah yang tengok dan cincin tu terpaksa di alamatkan ke Seri Perdana.
"Bila cincin tu masuk ditunjuknya borang Kastam, tapi bila cincin keluar tak tunjuk borang cincin keluar. Tapi kami mempunyai semua bukti kami tidak pernah memilikinya dan ia hanya untuk dilihat dan bukan untuk dibeli," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan replika cek mesin hemodialisis kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian di sini, Khamis.
Rosmah sebelum ini ditohmah kononnya memiliki cincin mewah bertatahkan berlian yang mencecah jutaan ringgit. Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah, Nooriyana Najwa bertunang dengan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan pada 2011. -BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal Laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah ...