Hari tu dia kata nak tangkap pengurusan TV3 kalau dia menang. Semalam, budak Rafizi Ramli tukang canang dia cakap nak penjara Tuk Najib pulak. Eh, hebat betul anak didik Tuk Syeikh Nuar, betul-betul ikut belakang bos dia pasal cakap besar.
Mat Lutu harap si tukang canang muda itu dengar apa kata Tun Daim. Tun Daim ni bukan orang sebarangan. Dia tahu sapa Tuk Syeikh Nuar. Bila Tun Mahathir nak bawa masuk Tuk Sheikh Nuar, dia bertanya Tun Daim.
Tapi Tun Mahathir tu orang baik. Yang sudah-sudahlah. Masa Tuk Syeikh Nuar dalam ABIM dan jadi pemimpin pelajar, cerita lama. Tun Mahathir tak ambil pusing sangat, walaupun ada orang bisikkan macam-macam pasal Tuk Syeikh Nuar.
Tun Daim dan orang-orang keliling Tun Mahathir pun tutup mata dan pekak telinga sajalah. Sebabnya nak bantu Tun Mahathir. Nak pastikan orang Melayu jangan pecah.
Buat keputusan sendiri
Macam Tun Daim cerita, Tuk Syeikh Nuar minta tolong macam-macam. Semua kawan dia, dia nak tolong. Bila Tuk Syeikh Nuar dah jadi orang besar, dia dah pandai buat sendiri.
Dia pun buat empayar kata orang. Tuk Syeikh Nuar ni jenis yang tak sabar. Nak naik cepat. Dia mula pasang kaki. Mula-mula letak kawan-kawan dia jaga media. Guna NGO macam-macam untuk tolong dia. Pasang kaki dia dalam politik.
Semua tu nak mudahkan laluan dia. Kita bukan tak tahu dia suruh budak-budak dia ambil alih syarikat surat khabar. Puak ni jadi kaya raya. Mana ada wartawan kaya raya macam kroni Tuk Syeikh Nuar.
Mat Lutu tak nak bangkit semua tu. Cerita lama. Tapi Mat Lutu nak ingatkan orang parti mata besar siapa Tuk Syeikh Nuar sebetulnya. Banyak orang yang tukang pukul gendang dan tiup trompetnya tak tahu siapa Tuk Syeikh Nuar. Ada yang belum lahir masa Tuk Sheikh Nuar jadi orang besar dalam negara.
Dia melonjak dalam parti bukan main cepat. Macam ditiup belon. Laju betul. Tun Mahathir bawa dia masuk UMNO dalam tahun 1982, dia jadi Timbalan Presiden UMNO dalam tahun 1993. Cepat giler tu!
Siapa yang tolong dia? Tun Mahathirlah orangnya. Kalau Tun Mahathir tak tolong, tak ke mana Tuk Syeikh Nuar dalam parti dan dalam kerajaan. Tapi Tuk Syeikh Nuar lupa apa Tun Mahathir buat. Bila Tuk Syeikh Nuar rasa kuat, dia besar kepala. Dia rancang nak jatuhkan Tun Mahathir. Melawan tauke, kata orang.
Tapi Tun Mahathir bukan kecil anak. Tun Mahathir buang Tuk Syeikh Nuar. Tun Mahathir orang baik. Dia tak sampai hati. Dia bagi peluang pada Tuk Syeikh Nuar supaya undur cara hormat, tapi Tuk Syeikh Nuar tunjuk lagak.
Mat Lutu nak ingatkan penyokong taksub Tuk Syeikh Nuar siapa sebenarnya dia. Apa yang Tun Daim cakap tu sikit saja.
Tanyalah pada kawan-kawan Tuk Syeikh Nuar kenapa depa lari dari dia. Bukan orang politik saja, tapi orang lain juga termasuk orang dalam ABIM, dalam dunia akademik, dalam dunia perniagaan.
Kawan-kawan yang sama berjuang dengan dia dah habis cabut. Habis semua cabut. Takde siapa yang tinggal. Bila Tuk Syeikh Nuar dalam UMNO dan kerajaan dia bina empayar. Semua orang tahu.
Bila dia keluar dia ajak penyokong dia buat demonstrasi jalanan. Semua orang tahu. Masa dia dalam UMNO dan kerajaan tak ada demonstrasi jalanan. Bila dia kena buang banyak pulak demonstrasi jalanan.
Ni penyakit Tuk Syeikh Nuar. Bila dalam UMNO dan kerajaan dia kecam demonstrasi jalanan. Dia kata tak ada faedah. Tak ada guna. Eh, bila dia kena buang, tiba-tiba demonstrasi jalanan bagus. Dia pulak yang jadi kepalanya.
Rafizi tukang tibai
Mat Lutu tak nak bangkit soal akhlak yang Tun Mahathir dan Tun Daim sebut. Mat Lutu tak nak bagi Si Rafizi jadi marah. Sebab dia tu raja kerengga Tuk Syeikh Nuar. Tukang tibai musuh Tuk Syeikh Nuar.
Mat Lutu cuma nak ingatkan pada raja kerengga parti mata besar supaya dengar apa Tun Daim kata. Tuk Syeikh Nuar tu ada penyakit. Mat Lutu tak mahu nak komen, biarlah raja kerengga tahu sendiri.
Mat Lutu nak rakyat nilai siapa Tuk Sheikh Nuar sebenarnya. Tak usah dengar cakap Tun Mahathir, bekas bos dia dan orang yang banyak tolong dia. Tak usah dengar cakap Tun Daim.
Nilai sendiri sajalah. Dengar cakap kawan-kawan Tuk Syeikh Nuar yang dah tinggalkan dia.
Satu lagi penyakit Tuk Sheikh Nuar, dia gila nak jadi PM. Tu penyakit paling besar. Penyakit tu memang susah nak ubat.
Masya-Allah.
1 ulasan:
Saya sudah baca banyak tulisan/ buku tentang Anwar ini. Dan juga buku tentang mahathir yang ditulis oleh penulis hebat eropah/amerika.
Kesimpulan saya adalah Anwar ini memang patut dibuang negeri dan ditarik kewarganegaraan Malaysia. Anwar ini adalah bak kata simpulan bahas, "biawak hidup".
Catat Ulasan