GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam
Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun pada Selasa
menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang
kini dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang
(HPP).
Baginda berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul
Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Pemangku Sultan Kedah
Tan Sri Tunku Annuar Badlishah, anakanda baginda Tunku Puteri Intan
Shafinaz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan
Menteri Besar Perlis Azlan Man.
Seri Paduka berdua tiba di HPP pada kira-kira 4.50 petang dan
meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad CCU
itu.Azizan, 73, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, dimasukkan ke HPP
selepas dikatakan mendapat jangitan kuman di kaki dan menerima rawatan
di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.
Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui pemberita berkata, keadaan
Azizan setakat ini dilaporkan stabil dan sentiasa dipantau pihak
hospital.
Antara pemimpin yang turut melawat Azizan ialah Pesuruhjaya PAS Pulau
Pinang Datuk Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar,
Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua
Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak
Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.
Pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas, Azizan mempertahankan kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya
Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti
2,774 undi.
Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri Kedah
apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan
negeri dengan majoriti mudah.-BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan