KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat
dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan
didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu
dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.
Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh
akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan
terhadap individu terbabit.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian
dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang
diteliti... kami iaitu Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pertahanan
akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen
tersebut untuk tindakan selanjutnya.
"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari
semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya
satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah,"
katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Isnin.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku
Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim
Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee
semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa
terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata
kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang
menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad
Datu, Sabah.
Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang
terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya
umum ke-13 (PRU-13)kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia
seolah-olah mempunyai tujuan politik. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan