Jumaat, 3 Mei 2013

Jambatan Palekbang dibina jika BN diberi mandat

Batu nisan Nik Aziz
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan Jambatan Palekbang jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat Kelantan.
Projek jambatan Palekbang adalah antara puluhan janji kerajaan Pas Kelantan yang masih belum dilaksanakan sehingga hari ini.

Ketika pengumuman dibuat pada 1996, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra untuk mencemar duli meletakkan batu asas sebagai simbolik pelaksanaannya.


Namun, selepas 17 tahun, kerja-kerja pembinaan jambatan itu masih belum bermula.

"Ini yang ditunggu. Orang itu (Kerajaan Pas Kelantan) letak batu asas sudah lama, sampai hari ini tidak buat apa-apa. Saya akan keluarkan peruntukan untuk ini. Janji kita kembali semula kepada BN," katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Najib turut mengumumkan aku janji lain iaitu menaik taraf pelbagai kemudahan seperti pasar Chabang Empat, pasar Tumpat, Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor serta semua surau di jajahan Tumpat.

Sementara itu, Pengerusi BN itu berkata, sambutan hangat rakyat Kelantan dalam lawatannya hari ini disifatkan sebagai angin perubahan yang akan membawa kemenangan yang ketara berbanding dalam pilihan raya umum sebelum ini.

"Ada orang kata angin perubahan itu adalah lebih baik daripada 2008, malah ada yang kata lebih baik berbanding 2004. Kalau begitu, tiga hari lagi kita kembalikan Kelantan kepada BN," katanya.

Tiada ulasan: