KUALA LUMPUR 6 Mei - Seorang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri
iaitu Datuk Abdul Ghani Othman dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam selain
masing-masing Timbalan serta dua Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu serta
Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa antara yang tewas dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Selain itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pelajaran,
Dr. Mohd. Puad Zarkashi; dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution
Ismail juga menerima nasib yang sama.
Abdul Ghani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor
bertanding di Parlimen Gelang Patah kalah kepada Penasihat DAP, Lim Kit
Siang dengan majoriti 14,762 undi.
Mohd. Ali yang bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pula kalah
kepada Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar
Mohd. Akin dengan majoriti 5,447 undi.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu kalah dengan majoriti
2,638 undi kepada calon BN, Datuk Othman Abdul di kerusi Parlimen
Pendang di Kedah.
Salahuddin kalah di Parlimen Pulai di Johor kepada calon BN yang juga
penyandang, Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti 3,226 manakala
Husam kalah kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
di Parlimen Putrajaya dengan majoriti 5,438.
Raja Nong Chik kalah kepada calon PKR yang juga Naib Presiden PKR,
Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1,847 undi.
Dalam pada itu, Saifuddin tewas di Parlimen Temerloh kepada calon Pas
yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dengan majoriti 2,441
undi manakala Puad kalah kepada calon PKR, Datuk Mohd. Idris Jusi (PKR)
dengan majoriti 1,732 undi.
Di Parlimen Parlimen Kulim Bandar Baharu di Kedah, Saifuddin Nasution
tewas kepada calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti
1,871 undi.
Nama lain yang kalah ialah Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa
(Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon Bebas di
Parlimen Pasir Mas; Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng (Parlimen
Segamat); dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir.
Mohd. Zin Mohamed (Sepang).
Selain itu ialah Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Parlimen Beaufort);dan
bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas-Parlimen
Kuala Kangsar); dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din (Parlimen
Arau).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan