KOTA BAHARU - Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di sini dari 10 hingga 14 Jun ini, menawarkan hadiah keretaProton Preve kepada johan qari dan qariah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata,mereka juga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM15,000, pialapusingan, piala iringan, pakej menunaikan haji dan sijil penyertaan.
"Semua negeri akan menghantar peserta qari dan qariah termasukKelantan yang buat pertama kalinya menghantar peserta qariah," katanya padasidang media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim di sini, Selasa.
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak membenarkan wanita mengambil bahagiandalam tilawah al-Quran peringkat negeri dan kebangsan sejak 1990. Dasar itu diubah bermula tahun ini.
Tilawah al-Quran kali ke-56 itu yang akan berlangsung di Balai Islam Lundang di sini, pada mulanya dijadualkan dari 2 hingga 6 Mei lepas, namun ditangguhkan berikutan pilihan raya umum ke-13.
Jamil Khir juga berkata bagi Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, ada pihak sedia menawarkan hadiah tambahan berbentuk jongkong emas namun nilainya belum ditetapkan.
Ahmad pula memberitahu kerajaan negeri menyambut baik Kelantan dipilih sebagai lokasi penganjuran tilawah al-Quran dan berjanji melaksanakan majlis berkenaan dengan sebaiknya-baiknya selaku tuan rumah.
Sementara itu, Jamil Khir berkata tahun ini, kerajaan pusat memperuntukkan RM69 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk bayaran elaun kepada 900 imam, 5,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir (guru agama yang mengajar di masjid dan surau), pegawai penyelaras masjid daerah dan mereka yang mengajar al-Quran di kampung.
Beliau turut menyarankan kerajaan Kelantan supaya mendaftarkan sekolah agama rakyat sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi membolehkan penyaluran pelbagai bantuan kepada pelajar dan guru. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan