Ahad, 19 Mei 2013

Calon BN DUN Selinsing Meninggal Dunia

Allahyarham Sharudin Ahmad
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu.

Sharudin juga merupakan calon BN bagi DUN Selinsing pada pilihan raya lalu.

Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang.

Pada Jumaat, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melawat Sharudin di Hospital Taiping.

Sharudin merupakan pemimpin muda yang agresif dan progresif di Perak terutama bagi memperkasakan belia di daerah Kerian.

Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din dengan majoriti 809 undi.

Tiada ulasan: