KENYATAAN-kenyataan keras daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,
Menteri Dalam Negeri yang baru, sedikit sebanyak membuka ruang keamanan
kepada rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan kerenah pakatan yang
diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sejak Anwar dibebaskan dari penjara menerusi ‘technical faulty’, negara ini
tidak pernah aman walau sedetik pun.
Dari semasa ke semasa, Anwar cukup kreatif mencipta kekacauan
dalam usahanya untuk menjadi manusia paling berkuasa di Malaysia. Tidak
sepicing masa yang dibazirkan oleh Anwar bagi menyemarakkan
kemarahan rakyat Malaysia khususnya para penyokongnya kepada kerajaan
Barisan Nasional.
Satu persatu fitnah diatur dengan kemas walaupun dengan menggunakan
fakta yang bercanggah. Ketaksuban dan kebodohan para pengikutnya dengan
mempercayai bulat-bulat segala cerita fitnah karangan Anwar dan
konco-konconya dengan bantuan cerdik pandai Zionis yang menjadi kuasa
sebenar di belakang Anwar, menjadi aset paling besar kepada Anwar.
Mungkin sebelum ini, kaedah berlembut akan memperlihatkan kepada rakyat
bahawa kerajaan Barisan Nasional amat terbuka dan tiada takut akan
segala fitnah. Namun fitnah-fitnah yang ditabur tanpa sebarang
sanggahan atau sengaja dibiarkan dengan harapan fitnah tersebut akan
mati dengan sendirinya, menyebabkan perangai Anwar semakin
menjadi-jadi.
Penyusunan Kabinet baru dengan Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam
Negeri dan berganding pula dengan Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis
Negara, nampaknya sedang menjanjikan sesuatu. Kurang memberi amaran
seperti menteri terdahulu, sebaliknya dengan kenyataan keras Zahid
Hamidi mula menyakitkan hati para pecacai Pakatan Rakyat.
Terbaru, apabila Zahid Hamidi secara berterus-terang menyelar
portal berita yang mendapat pembiayaan daripada George Soros,
Malaysiakini. Sebelum ini, perasaan tidak puas hati terhadap portal yang
sangat berpihak kepada Anwar dan DAP itu, sekadar cakap-cakap
di belakang. Tidak ada mana-mana pemimpin Barisan Nasional yang berani
menyanggah secara berhadap-hadapan.
Hari ini, Zahid Hamidi telah membuktikan sesuatu. Dengan kenyataan
keras terhadap wartawan-wartawan Malaysiakini yang sebelum ini amat
bermaharajalela, Zahid Hamidi mula menunjukkan garis sebenar yang perlu
dipatuhi oleh wartawan-wartawan portal berita tersebut.
Walaupun portal berkenaan tidak tertakluk kepada Akta Cetak, tetapi
masih ada banyak akta lain yang boleh digunakan terhadap mereka,
terutama apabila mereka memutarbelitkan berita semata-mata untuk memberi
imej buruk kepada kerajaan yang memerintah. Sekurang-kurangnya SOSMA
boleh digunakan memandangkan hasutan yang dibuat oleh portal tersebut
boleh mengancam keselamatan negara.
Zahid Hamidi juga bercakap mengenai tiga pemimpin pakatan pembangkang
yang terlibat dalam serangan Lanun Sulu di Lahad Datu. Bagaimanapun, nama-nama para pemimpin tersebut tidak disebutkan bagi
mengelakkan gangguan ke atas kes berkenaan. Namun, kertas
siasatan dengan ketiga-tiga nama pemimpin pakatan pembangkang itu telah
diserahkan kepada Peguam Negara.
Himpunan 505 yang sebelum ini diisytiharkan oleh penganjurnya
termasuk tenaga utamanya seperti Haris Ibrahim, Hishamuddin Rais,
bahkan Adam Adli sebagai kaedah menggulingkan kerajaan Barisan Nasional
menerusi rusuhan dan demonstrasi, kini telah diberikan alasan yang lebih
baik.
Para pencacai pakatan yang mula melihat himpunan tersebut tidak
mampu menjadi gelombang besar untuk menjatuhkan Barisan Nasional, kini
menyatakan bahawa himpunan itu hanyalah sekadar himpunan biasa dan
tidak bertujuan pun untuk melakukan huru-hara.
Barangkali penangkapan Adam Adli yang dalam majlis memperingati 13 Mei
1969 begitu lantang mencabar pihak polis menangkapnya, membuatkan
masing-masing mulai terfikir bahawa mereka tidak akan ke mana-mana
dengan semangat kosong sebegitu.
Ditambah pula dengan kebanyakan penyokong pakatan pembangkang sendiri,
terutama dari kalangan PAS, melihat tindakan Anwar menghimpunkan para penyokongnya sebagai tindakan personal dan tiada
kena-mengena pun dengan perjuangan parti mereka.
Apatah lagi, cubaan
berbohong dengan menyatakan kononnya SPR menipu dan pengundi hantu,
nampaknya berbalik ke dahi Anwar dan DAP memandangkan mereka
tidak dapat membuktikan walau satu pun daripada tuduhan yang dilempar.
Dalam keadaan sekarang, rakyat Malaysia sebenarnya tidak mahu lagi
mendengar sebarang amaran mahupun kenyataan keras tanpa sebarang
tindakan seperti yang menjadi kelaziman selama ini. Sebaliknya kerajaan
dan Zahid Hamidi sendiri, diharapkan dapat membuktikan kepada rakyat
Malaysia bahawa keselamatan dan keamanan negara ini adalah perkara
utama yang perlu dilakukan, dengan sebarang cara dan dengan sebarang
kos! - mykmu.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan