PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari
ini memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih
bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.
Beliau berkata, portal berita itu perlu berpegang kepada etika
kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi
kontroversi.
"Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu
sangat. Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.
"Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di
Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit.
"Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?," katanya
kepada wartawan portal itu pada sidang akhbar sempena hari pertama
beliau bertugas di kementerian itu, di sini hari ini.
Ahmad Zahid juga menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya menggesa
mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke
negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka,
yang menurutnya telah disalah tafsir.
"Dia (Guang Eng) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah
tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan
nada serius. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan