KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz
menyarankan golongan muda menawarkan diri untuk menjadi calon menerajui
kepimpinan tertinggi pergerakan itu pada perhimpunan agung dijangka
Oktober ini.
Rafidah yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata wanita
berkenaan dari peringkat akar umbi sekalipun perlu berani menampilkan
diri bagi memastikan mereka yang berpotensi turut diberi peluang
mengepalai pergerakan itu.
"Saya saran kepada Wanita Umno, yang muda, awal 40-an ke atas, tampil ke hadapan tawar diri.
"Boleh kerja, ada azam tapi mungkin takut tak diterima (pun), saya
harap tampil ke hadapan dan Wanita (Umno) pandanglah (mereka)," katanya
ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini, Ketua Pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayangkan untuk terus mempertahan jawatannya.
Jawatan naib ketuanya pula kosong ekoran pemegang jawatan dahulu
Datuk Kamilia Ibrahim dipecat setelah bertanding sebagai calon Bebas
bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Rafidah berkata Wanita Umno perlu memberi peluang kepada calon wanita
baharu yang bukan sahaja boleh diterima oleh pergerakan tetapi diterima
oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini kerana pemimpin Wanita Umno
ialah juga pemimpin kepada wanita BN yang disertai rakyat berbilang
kaum.
"Justeru itu perlu pilih orang yang ada keupayaan diterima (pelbagai
kaum), supaya pergerakan itu bukan sekadar terus relevan namun
dihormati," katanya.
Sementara itu Pensyarah Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamad Faisol Keling
berkata calon muka baharu yang lebih muda dalam Wanita Umno wajar diberi
peluang menerajui kepimpinan dalam usaha meremajakan pergerakan itu
sesuai dengan cabaran senario politik masa kini.
"Dalam pergerakan Wanita Umno kini kita lihat wujud beberapa
kelemahan yang sepatutnya dikaji semula, sekiranya nak perkukuh maka ia
bukan sekadar mengambil kira faktor luaran sahaja tetapi pengukuhan
perlu datang dari dalam organisasi itu sendiri. "Golongan muda untuk
mengisi jawatan utama misalnya adalah relevan dalam senario semasa untuk
melihat transformasi yang lebih baik dalam Wanita Umno," katanya.
Mengenai kabinet baharu, penganalisis politik Prof Dr Ramlah Adam
berkata memandangkan lebih separuh daripada rakyat Malaysia ialah
golongan wanita, justeru, penyertaan golongan itu dalam kabinet adalah
perlu untuk mewakili hasrat dan aspirasi mereka dalam membangunkan
masyarakat dan negara.
Beliau berkata bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon dan bekas Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Azalina Othman Said berpotensi untuk menyertai kabinet baharu
itu, yang dijangka dibentuk esok.-BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan