GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik
kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka.
"Sekiranya beliau tidak berbuat demikian, satu usul mengecam tindakan
tersebut akan dibuat di Parlimen, seperti yang dicadangkan oleh ketua
Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
"Dr Ahmad Zahid mempunyai masa sehingga sidang Parlimen bermula untuk
menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat," katanya
pada sidang media di Jalan Air Itam pad Sabtu.
Pada Jumaat, Zahid menjelaskan bahawa kenyataannya diambil keluar daripada konteks oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Sebenarnya saya berkata bagi mereka yang tidak yakin dengan sistem
politik di sini boleh berhijrah ke negara yang mempunyai sistem politik
yang sesuai dengan mereka.
"Saya bukan seorang rasis..saya hanya praktikal dengan apa yang saya
katakan kepada kumpulan berkenaan supaya pergi ke negara lain agar
mereka mempraktikkan pegangang politik mereka di alam realiti," katanya.
Dr Ahmad Zahid berkata rakyat tidak perlu mentafsir kenyataan beliau
diluar daripada konteks, sebaliknya beliau menggesa mereka membaca
rencana penuh dalam Utusan Malaysia.
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia menggunapakai sistem Komanwel dan
mereka yang fikir sistem di Amerika Syarikat atau negara lain lebih
sesuai maka mereka boleh berhijrah ke sana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa melan...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan