PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pada Jumaat menafikan bahawa beliau akan meninggalkan parti.
Katanya, dakwaan beliau akan keluar parti hanyalah fitnah dan khabar angin.
"Kepada 'saudagar-saudagar khabar angin' ini, saya ingin menegaskan
bahawa saya akan meneruskan perjuangan dengan lebih gigih lagi.
"Saya tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan dari jawatan parti dan
wakil rakyat apatah lagi meninggalkan perjuangan rakyat ini," katanya
pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, Jumaat.
Azmin berkata, dakwaan ini timbul apabila nama beliau dikaitkan dengan isu pelantikan Menteri Besar Selangor.
Malah, beliau juga percaya khabar angin ini ditiupkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Mereka telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina persepsi
bahawa saya terlalu kemaruk untuk menjadi Menteri Besar Selangor dan
saya akan menyertai Umno sekiranya tidak mendapat jawatan tersebut.
"Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti saya," katanya.
Mengulas mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor, Azmin berkata
namanya tidak harus menjadi isu sebaliknya yang menjadi isu ialah proses
pemilihan calon.
"Isunya adalah proses pemilihan calon tersbut untuk dipersembahkan
kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris
Shah mestilah melalui rundingan yang telus seperti dituntut al-Quran dan
urusan dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka," katanya.
Dalam pada itu pengerusi PKR Selangor ini turut menyatakan pendirian menolak amalan nepotisme dalam parti.
Katanya PKR merupakan sebuah parti reformasi dan milik rakyat.
"PKR bukan milik individu atau keluarga tertentu. Parti ini milik rakyat.
"Oleh itu setiap kesilapan yang berlaku harus ditegur demi kepentingan parti secara keseluruhannya," tegasnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan