Jumlah anggota Jemaah Menteri;
> Kabinet Najib mempunyai keseluruhannya 32 menteri dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja mempunyai lapan orang menteri.
> Kabinet terdahulu dianggotai 30 orang menteri.
Antara menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing ialah;
> Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal;
> Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah;
> Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan;
> Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Muka lama yang bertukar portfolio pula termasuklah;
> Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia;
> Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam kini Menteri Kesihatan.
> Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan;
> Datuk Seri G.Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Barisan Kabinet kali ini turut menyaksikan enam timbalan menteri dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Mereka ialah;
> Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya);
> Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat);
> Bekas Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot (Menteri Sumber Manusia);
> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan);
> Bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri) dan;
> Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Yang digugurkan pula ialah;
> Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan;
> Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Habuan Terbesar:
> Sabah dan Sarawak yang memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada pilihan raya yang lalu menerima habuan terbesar apabila mereka diwakili oleh 12 menteri penuh dan lapan timbalan menteri.
Pemangku Menteri;
> Dalam situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini, Najib telah melantik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai menteri sementara Kementerian Pengangkutan yang direzabkan untuk MCA.
> Ini bermakna, MCA yang sebelum ini diwakili oleh empat orang wakil dalam kabinet telah dikurangkan kepada hanya satu kerusi sahaja.
Muka baru ialah;
> Datuk Seri Abdul Wahid Omar (JPM);
> Datuk Paul Low Seng Kuan (JPM);
> Datuk Seri Shahidan Kassim (JPM);
> Nancy Shukri (JPM);
> Khairy Jamaluddin (Belia dan Sukan);
> Datuk Rahman Dahlan (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan);
> Idris Jusoh (Pelajaran dan Pengajian Tinggi);
> Datuk Rohani Abdul Karim (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat);
> Tengku Adnan Tengku Mansor (W.Persekutuan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan