GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada
bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya
menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.
"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti.
"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang
salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya
sebagai Naib Pengerusi.
"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad.
Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.
Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi
terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara
bertubi-tubi dianggap melampaui had.
Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata
ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.
"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan