GAMBAR fail menunjukkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa yang dirakamkan pada 23 Mei 2011 |
Gas ammonia itu berjaya dikesan oleh enam angkasawan yang berada di dalam ISS.
Komander ISS, Chris Hadfield dari Kanada menghantar kenyataan di Twitter dengan menyatakan bahawa masalah tersebut adalah serius.
Radiator yang bocor itu digunakan untuk menyejukkan sistem tenaga ISS.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat menyatakan, kebocoran itu tidak mendatangkan bahaya kepada angkasawan.
Agensi berita Rusia, Interfax yang memetik sumber-sumber industri angkasa lepas menyatakan, angkasawan NASA, Tom Mashburn dan Chris Cassidy mungkin akan keluar dari ISS untuk mencari punca yang menyebabkan kebocoran itu. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan