Sebaliknya beliau menjelaskan tindakannya itu hanyalah untuk menyatakan pandangan dan kritikan bernas demi kepentingan parti.
"Dalam Keadilan, kita diberikan ruang untuk memberikan pandangan dan kritikan bernas.
"Saya bukan menyerang Ketua Umum atau mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat...tidak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR dekat sini, Jumaat.
Menurut Azmin, sebagai timbalan presiden beliau membuat satu kritikan yang jelas dan berasas untuk dirinya sendiri dan pimpinan lain.
Beliau berkata, ia merupakan satu teguran yang didakwa tidak berlaku dalam Umno yang mana pemimpin tidak boleh dikritik.
"Saya tak kritik tanpa asas. Saya kata 'terima keputusan rakyat, mari bermuhasabah, mari kita maju ke hadapan.
"Saya tidak anggap itu satu kesalahan. Sebagai timbalan presiden saya juga bertanggungjawab mengingatkan diri saya dan pimpinan untuk segera turun ke bawah bekerja sekarang dan jangan terlalu banyak berpolitik kerana pilihan raya jauh lagi," katanya.
Beliau mengulas mengenai 'tweet' beliau sebelum ini yang didakwa menggambarkan kekecewaan beliau terhadap Anwar dan pimpinan parti yang membuat bantahan terhadap keputusan pilihan raya.
Beliau telah menulis: "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.
Mengulas lanjut Azmin berkata, apa yang penting pada masa ini ialah melihat mandat yang diberikan oleh rakyat.
"Mandat telah diberikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Ayuh kita laksanakan dulu mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
"Pada masa yang sama bantahan diteruskan. (Jika) Ada penyelewengan, sebarang bukti yang kita dapat kita kena himpunkan," katanya.
Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.
"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan