GEORGE TOWN: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri
Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani
pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit
kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata bagaimanapun keadaan kesihatan beliau stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu pada pukul 11.30 malam Khamis.
"Sehingga pukul 5 petang ini, beliau kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) masih tidak sedarkan diri dan ahli keluarganya masih berbincang bila beliau akan dibawa pulang untuk menyambung rawatan di Kedah," katanya di sini Jumaat.
Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.
Turut menziarahi beliau Pengerusi Barisan Nasioanal Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri Kedah akan membantu Azizan membiayai kos perubatannya sepanjang tempoh rawatan beliau.
"Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan kepada seorang wakil rakyat dan saya meminta semua surau dan masjid di Kedah mengadakan majlis bacaan doa selamat agar beliau cepat sembuh," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan