KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 peratus daripada 12,992,661 pengundi
berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pad
Ahad, peratusan tertinggi pernah dicatatkan dalam PRU di negara ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan
Omar berkata kesemua pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.
Sejumlah 8,245 pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi di seluruh
negara melibatkan 25,337 saluran tempat mengundi, dengan 80 peratus
daripadanya membabitkan bangunan sekolah, dewan serba guna dan balai
raya.
Dua pusat mengundi bagi dewan undangan negeri (DUN) Tungku, di daerah
Tanjung Labian dan Tambisan, dan satu lagi di kawasan DUN Lahad Datu,
di daerah Sakar, Sabah, ditutup pada pukul 3 petang.
Pengiraan undi dijangka bermula pada pukul 5.30 petang diikuti dengan proses penjumlahan undi selepas itu.
Keputusan pertama dijangka diketahui pada kira-kira pukul 7.30 malam. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan