Datuk Aleis Anor |
Menjelang pilihan raya umum ke 13, Tun Daim menjadi buruan media massa untuk mendapatkan pandangan beliau. Tun Daim hanya berkata, BN akan kekal memerintah negara dan yakin BN akan tawan semula Kedah.
Apabila keluar keputusan PRU 13, sekali lagi apa yang diungkapkan oleh Tun Daim menjadi kenyataan. Selesai pilihan raya, sekali lagi Tun Daim diburu media bagi mendapatkan penjelasan beliau berhubung keputusan pilihan raya umum ke 13.
Antara ulasan Tun Daim yang menjadi perhatian, apabila beliau meminta Perdana Menteri memecat penasihat-penasihatnya yang memberi maklumat atau pandangan yang salah kepada PM selama ini.
Omar Ong |
Sebelum ini pun telah ada pihak yang membangkitkan mengenai kegagalan 'War Room BN' yang dikuasai oleh penasihat-penasihat Perdana Menteri berhubung kegagalan BN mendapat kemenangan yang memuaskan.
Hasil siasatan sel13.com, mendapati tiga penasihat utama Perdana Menteri gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Bukan setakat gagal menjalankan tugas, mereka mahu semua pandangan atau arahan mereka didengari oleh semua pihak termasuk dalam soal pemilihan calon.
Tiga penasihat itu ialah Datuk Seri Osman Razak; bekas Ketua Pegawai Penyelidik di JPM, Datuk Aleis Anor dan Omar Ong.
Setelah gagal menjalankan tugas mereka dengan baik untuk memberikan kemenangan bergaya kepada BN, selepas pilihan raya pun mereka masih lagi campur tangan untuk menentukan barisan kabinet.
Sehingga saat akhir, difahamkan ketiga-tiga penasihat punah ranah ini masih mahukan Perdana Menteri mengekalkan Hishamuddin Tun Husein sebagai Menteri Dalam Negeri. Perdana Menteri bertindak menukar Hishamuddin setelah mendapat pandangan akar umbi termasuk dari pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian.
Jika mengikut nasihat mereka untuk mengekalkan Hishamuddin di KDN, kedudukan Najib sendiri pun pasti akan tergugat hari ini kerana rata-rata akar umbi menolak Hishamuddin sebagai menteri berkenaan.
Mereka, penasihat punah ranah ini tidak turun ke akar umbi atau bercampur dengan rakyat bawahan. Mereka semua golongan elit. Berbeza dengan pemimpin peringkat bahagian yang bercampur dengan semua peringkat orang. Pemimpin bahagian lebih tahu kehendak akar umbi.
Penasihat-penasihat punah ranah inilah yang membawa kempen menjulang Najib ala-ala pilihan raya presiden Amerika. Sedangkan terang-terangan sistem pilihan raya Amerika dengan Malaysia jauh berbeza. Betullah apa yang dikatakan oleh Tun Daim bahawa BN tidak perlu terikut-ikut rentak Anwar.
Selain tiga penasihat ini, Perdana Menteri dan BN turut menjadi rosak kerana penasihat media seperti Farid Ridzuan TV3. Tindakan mempromosi Perdana Menteri dan BN secara keterlaluan di televisyen bukan tindakan yang membantu, sebaliknya ia tindakan untuk membunuh.
Rata-rata rakyat bercakap mengenai tiga suku masa untuk siaran berita TV3 ketika kempen pilihan raya digunakan untuk PM dan BN. Ianya menimbulkan rasa loya orang ramai.
Untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14, adalah wajar Perdana Menteri menggugurkan tiga penasihatnya ini bersama dengan Farid Ridzuan. Mereka ternyata gagal dan jangan lagi cuba mengharapkan mereka akan berubah. Jika tidak, nahas sedang menunggu pada pilihan raya umum ke-14.
NOTE: Ini dipetik dari Sel13.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan