Rabu, 30 April 2014

Biduanita Kartina meninggal dunia

kartinadahari_M

AL FATIHAH
Kartina Dahari yang sebelum ini menderita akibat barah payu dara, telah meninggal dunia pada pukul 6 petang ini di Singapura.

Kuala Lumpur, 30 April: Penyanyi veteran, Kartina Dahari, 73, yang sebelum ini menderita akibat barah payu dara, telah meninggal dunia pada pukul 6 petang ini di Singapura.

Penyanyi yang cukup popular dengan irama keroncong sekitar tahun 1960an itu pernah menjalani pembedahan membuang payu daranya.

Difahamkan, sehingga kini Kartini telah pun menjalani 16 rawatan kimoterapi di hospital dan merahsiakan penyakitnya itu daripada pengetahuan peminat-peminatnya.

Antara lagu popular yang pernah didendangkannya adalah Budi Setahun Segunung Intan duet bersama Ahmad Jais.

Jenazah akan dibawa ke kediamannya di Bradell Hill dan dijangka akan dikebumikan esok di kawasan perkuburan Islam di Singapura.

 Veteran songstress Kartina Dahari dies

KCST123e
Veteran songstress Kartina Dahari passed away this afternoon in Singapore. — Singapore Straits Times pic

KUALA LUMPUR, April 30:Veteran songstress Kartina Dahari died this afternoon in Singapore.
It was reported that Kartina succumbed to her battle with breast cancer at the age of 73.

She leaves three children and Bernama reported that her burial would take place tomorrow in the island nation.

Kartina, who is famous for the song Sayang Di Sayang, found fame through the Keroncong genre in the 1960s.

Among her other known songs are Budi Setahun Segunung Intan, which she sang with Datuk Ahmad Jais, Sampaikan Salamku, Serunai Malam and Pernah Ku Jumpa.

Singapore awarded her with a Lifetime Achievement Award in 2009 for her contributions to the entertainment industry.

PENYANYI IRAMA KERONCONG, KARTINA DAHARI MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang terkenal dengan lagu irama keroncong, Kartina Dahari, meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, petang tadi akibat barah. 
 
Perkara itu disahkan sendiri oleh Biduanita Negara yang juga teman baiknya, Datuk Sharifah Aini. 
 
“Anak angkat saya yang berada di Singapura memaklumkan, Kartina meninggal dunia di hospital Mount Elizabeth jam 6 petang tadi selepas bertahun-tahun menderita penyakit barah. 
 
“Berita itu sangat menyedihkan kerana kami memang berkawan baik. 
 
“Kali terakhir saya bertemu dengannya sekitar Ogos tahun lalu, ketika saya mengunjungi rumahnya di sana,” katanya kepada BH. 
 
Selain menyanyi, Kartina, 73, juga dikenali sebagai pelakon. 
 
Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang, Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais, Budi Setahun Segunung Intan. 

Dr. Mahathir Dedah Senario Di Sebalik Krisis Kewangan 1997 - 1998

Pada Mei tahun itu (1997), saya mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan dan menyerahkan tanggungjawab kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pemangku Perdana Menteri. Saya menganggap ini sebagai satu peluang baik untuk memerhati bagaimana beliau menjalankan tugas kerana saya sudah pun berfikir untuk bersara pada tahun berikutnya. Saya mahu pastikan yang apabila Anwar mengambil alih, beliau mampu mentadbir negara dengan baik.
Ketika berada di Bledisloe dalam daerah Cotswolds, England, saya menerima berita mengenai serangan ke atas baht Thailand oleh peniaga mata wang. Apa yang berlaku adalah ahli perniagaan Thai telah meminjam sejumlah besar mata wang asing pada kadar faedah yang rendah berbanding pinjaman dalam mata wang baht.
Mereka boleh membuat keuntungan segera daripada perbezaan dua kadar faedah itu dengan syarat nilai baht stabil. Peniaga mata wang antarabangsa adalah orang yang mencari keuntungan dengan memerhati dan mengambil kesempatan daripada ketidakwajaran dan kelemahan seperti yang berlaku di Thailand ketika itu. Ia diibarat pucuk dicita ulam mendatang kepada kegiatan mereka.
Mereka menyebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara itu mustahil dapat dipertahankan. Mereka kemudian menjual sejumlah besar baht menyebabkan nilainya merosot berbanding dolar Amerika. Kejatuhan nilai baht menyebabkan orang Thai yang meminjam dolar menghadapi kesulitan.
Mereka terpaksa mendapatkan lebih banyak baht bagi membayar balik pinjaman mata wang asing mereka kerana kalau keuntungan perniagaan mereka tidak mencukupi, mereka mungkin tidak dapat membayar balik pinjaman.
Sekiranya mereka gagal membayar balik hutang maka terbukti benarlah dakwaan peniaga mata wang bahawa ekonomi Thai lemah.
Kemudian mereka melambakkan lebih banyak baht menyebabkan nilainya merudum lagi. Maka semakin ramailah orang Thai yang meminjam mata wang asing gagal membayar balik hutang mereka. Sementara itu, peniaga tersebut kelihatan seolah-olah mereka tidak ada kaitan langsung dengan krisis berkenaan. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar bertindak balas. Hakikatnya, merekalah yang mencetuskan malapetaka itu.
Kitaran tindakan kejam (vicious cycle) ini pantas merebak. Lebih teruk nilai baht menyusut, lebih ramai peminjam yang gagal membayar balik hutang dan semakin lemah pula ekonomi Thailand.
Kerajaan Thai cuba membeli baht bagi mempertahankan nilainya dengan menggunakan rizab dolar. Bagaimanapun, peniaga mata wang nampaknya memiliki bekalan baht yang tidak terbatas untuk terus dilambakkan dalam pasaran.
Akhirnya, kerajaan Thai dibebani rizab baht yang banyak, tetapi bernilai rendah manakala simpanan mata wang asingnya merosot teruk. Ini mencetuskan satu lagi pusingan penjualan baht apabila ia menjadi lebih lemah akibat tanggapan bahawa ia tidak disokong oleh rizab mata wang asing yang secukupnya

Selasa, 29 April 2014

Dia bunuh anak saya, sekarang dia nak saman saya?

Mati kena Saman
TORONTO: Seorang wanita yang melanggar dan membunuh seorang remaja dalam satu nahas jalan raya hampir dua tahun lalu memfailkan saman ke atas mangsa kerana dia mengalami tekanan perasaan.

"Saya rasa macam kena main. Saya naik angin. Ini buat darah saya naik," kata bapa remaja itu, Derek Majewski seperti dipetik oleh The Toronto Sun.

Dalam nahas pada pukul 1.30 pagi pada 28 Oktober 2012 itu, Brandon Majewski, 17, sedang berbasikal bersama dua rakannya apabila dia dilanggar oleh sebuah kenderaan SUV.

Pemandu kereta itu, Sharlene Simon, 42, kini menyaman mendiang Brandon atas tekanan perasaan yang dia alami sejak kemalangan tersebut. Dia juga menyaman dua remaja lain yang terlibat serta semua anggota keluarga Brandon termasuk abangnya yang sudah meninggal dunia.

Enam bulan selepas kemalangan itu, abang Brandon, 23, meninggal dunia selepas dikatakan terlalu murung sejak kematian adiknya.

Peguam keluarga itu, Brian Cameron menyifatkan tindakan saman tersebut sesuatu yang ganjil dan melampau.

"Selama saya jadi peguam, saya belum pernah lihat ada orang menyaman mangsa yang mereka langgar mati," katanya.

Ibu Brandon pula sangat kecewa, marah dan terkejut dengan tindakan saman itu.

"Dia bunuh anak saya dan sekarang dia nak kaut untung. Dia kata dia menderita? Beritahu dia supaya tengok apa yang ada dalam kepala saya. Dia akan nampak penderitaan. Dia akan nampak panik. Dia akan nampak mimpi ngeri," kata Venetta Mlynczyk.

Simon menuntut ganti rugi sebanyak 1.35 juta dolar Kanada (lebih kurang RM4 juta) bagi kecederaan serius dan kekal” kepada fizikal, mental dan psikologinya ekoran nahas itu.

Dia juga mendakwa mangsa langgar mati itu cuai dan tidak tahu menunggang basikal kerana tidak menggunakan brek dengan betul.

Simon juga menamakan pihak berkuasa tempatan dalam tindakan samannya itu atas kegagalan menyelenggara jalan raya terlibat.

Menurut polis, Simon mengaku memandu pada kelajuan 90 kilometer sejam di kawasan had laju 80 kilometer sejam. Dia mendakwa tidak nampak tiga remaja berkenaan sebelum kenderaannya merempuh Brandon.

Nahas itu mengakibatkan cermin hadapan keretanya retak, bampar kemek dan lampu depan pecah. Bumbung kereta itu juga kemek dan calar, manakala cermin sisi tercabut.

Brandon meninggal dunia di hospital akibat pelbagai kecederaan.

Seorang remaja yang bersamanya cedera parah termasuk patah tulang pinggul, manakala seorang lagi tercampak dan hanya mengalami calar ringan.

Peguam keluarga Brandon memfailkan saman ganti rugi kemalangan yang biasa dengan mendakwa Simon memandu laju dan mungkin pada ketika itu sedang mabuk atau menggunakan telefon genggam.

Kes itu belum didengar oleh mahkamah.

Pembunuh saman tuhan kerana engkar janji

church-m29-Apr
Gereja di mana Pavel Mircea mengadakan perjanjian dengan Tuhan.

KENYA: Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh, menfailkan saman kepada tuhan kerana melanggar kontrak perjanjian dibuat tahun 2005.

The Mirror melaporkan, pembunuh Pavel Mircea,40, mendakwa tuhannya telah mengingkari perjanjian pada hari pembaptisannya.

"tuhan sepatutnya melindungi saya daripada segala kejahatan, tetapi sebaliknya dia memberikan saya kepada iblis. Itulah punca saya menjadi pembunuh,”katanya.

Mircea berkata, dia telah bersembahyang dan berdoa, tetapi tuhan tidak memberikan apa-apa ganjaran sebagai balasan.

Dia menuntut bayaran balik dalam bentuk tunai kerana telah membelanjakan duit untuk bersembahyang dan membeli barangan agama.

Bagaimanapun, hakim menolak kes itu dengan alasan tuhan "tidak mempunyai alamat dan mahkamah tidak dapat menghantar surat pendakwaan kepadanya".

Isnin, 28 April 2014

Pesawat ringan terhempas di Kota Bharu

Sebuah pesawat ringan, Piper Warrior II milik Asia Pacific Training Centre yang berpusat di Pengkalan Chepa, dekat Kota Bharu, terhempas ketika menjalani latihan kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Kapal terbang itu dilihat terbang rendah, sebelum jatuh di kawasan perumahan Kurnia Jaya, Kampung Kemumin, dekat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.

Juruterbang pesawat itu mengalami kecederaan bahagian kaki dan kepala dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan.










Sabtu, 26 April 2014

Perhimpunan Agung Umno 2014

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno menetapkan 28 Oktober 2014 sebagai hari permulaan Perhimpunan Agung Umno dan akan berakhir pada 2 November.
 
Presidennya, Datuk Seri Najib Razak juga dalam masa sama memaklumkan taklimat yang akan disampaikannya pada 28 Oktober.
 
Manakala persidangan sayap parti pada 29 Oktober dan mesyuarat Perwakilan Bahagian ditentukan antara 8 Ogos hingga 14 September.
 
Dalam masa sama beliau masih sebagai Pengerusi Barisan Nasional juga belum memuktamadkan lagi calon yang akan diletakkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Gelugor Mei nanti.
 
"Kita masih belum tetapkan lagi... masih awal lagi," ujarnya.
 
Kerusi Parlimen Bukit Gelugor kosong selepas penyandangnya, Karpal Singh, 74, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada 1.10 pagi 17 April lalu.
 
Pada Pilihan Raya Umum Mei lalu, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya menetapkan 25 Mei depan sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 12 Mei.

Jumaat, 18 April 2014

Keengganan Anwar Bersumpah Akhirnya Memakan Diri Sendiri

KUALA LUMPUR 18 April - Hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berpunca daripada keengganan beliau memberi keterangan atau menafikan kejadian dakwaan liwatnya terhadap Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Menurut Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Anwar sendiri tidak menafikan berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh yang didakwa oleh pihak Pendakwa Raya.

"Dia (Anwar) tidak pernah mempertikaikan bahawa keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium di masa yang dimeterai.

"Beliau juga tidak membantah bahawa dia dilihat memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan meninggalkan premis tersebut," katanya menerusi kenyataan bertulis beliau yang diterbitkan hari ini.

Balia mengetuai panel Hakim Mahkamah Rayuan bagi kes liwat-2 Anwar terhadap bekas Pembantu Peribadinya, Saiful.

Dua lagi panel Hakim bagi kes tersebut, Datuk Azizah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Sri Dr Muhammad Shafee Mohd Abdullah dan dibantu oleh Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan Noorin Badaruddin.

Sementara itu Anwar yang dinamakan sebagai responden diwakili oleh Peguam, Karpal Singh yang dibantu oleh Ram Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo, Zaleha Al-Hayat dan Jeremy Vinesh Anthony.

Saiful menerusi kenyataan pembelaannya berkata beliau ke Unit 11-5-2, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara diatas arahan Anwar dengan menaiki van Fiat dengan nombor pendaftaran WPK 5925, milik bekas bapa tunangnya, Mohamad Zaki Mohamad.

Keterangan Saiful turut menjelaskan bahawa Anwar telah tiba di premis tersebut lebih awal dari jam 2.45 petang dan beliau menyerahkan dokumen kerja kepada Anwar setibanya beliau di unit kondominium tersebut setersnya diarahkan untuk ke bilik tidur utama sebelum diliwat.

Keputusan Balia juga menyebut bahawa panel Hakim sebulat suara mendapati bahawa Anwar hanya melakukan penafian kosong dengan menidakkan kejadian tersebut berlaku dan tidak melakukan kenyataan pertahanan balas terhadap bukti yang dilemparkan kepada beliau.

"Seperti yang telah dinyatakan, kenyataan balas responden (Anwar) merupakan alibi yang diberikan menerusi notis sebelum perbicaraan bermula.

"Namun ketika perbicaraan, kenyataan pembelaan tersebut rupanya tidak diteruskan diatas sebab yang hanya diketahui beliau.

"Kenyataan pertahanan menggunakan alibi adalah penting untuk membebaskan responden dari kesalahan yang dituduh," tulisnya lagi.

Jelas Balia, responden juga gagal mengemukakan saksi untuk menyokong alibi yang diragui kesahihannya dan panel hakim bersetuju bahawa peguam responden gagal menyangkal sangkaan buruk terhadap tertuduh dalam perbicaraan.

"Tiada kewajipan bagi pihak tertuduh untuk mengemukakan mana-mana bukti.

"Beliau mempunyai kebebasan untuk menawarkan keterangan atau tidak sepertimana dikehendakinya dan tiada kesimpulan tidak menguntungkan kepada beliau kerana memilih keputusan (tidak memanggil saksi) dan bukannya cara yang lain (mengemukakan saksi)," ujarnya lagi.