Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim
yang digelar rasis semalam apabila mendesak sebuah perkampungan di Sabak
Bernam ditukar kepada nama melambangkan Cina mendakwa ia hanya sekadar
bahan jenaka.
Ng menegaskan cadangan tukar nama itu tidak perlu dijadikan isu yang
besar, malah Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali juga faham maksud di
sebalik apa yang dikatakan semalam.
“Itu cuma lawak sahaja. MB (Azmin) pun tahu saya berlawak, dia pun
berseloroh juga kalau Noh Omar itu tak payahlah. Ini tiada kaitan dengan
Noh Omar.(jika) tiada kaitan, maka tiadalah. Kalau ini ada kaitan
dengan Noh Omar tukarlah.