Jumaat, 6 November 2015

Tun M disiasat atas dakwaan Ketua Umno Bahagian merasuah

Persoalan berhubung tindakan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terjawab, apabila keterangan negarawan itu diambil pagi tadi.

Sebelum ini, pelbagai persoalan timbul, apabila pemimpin negara yang paling lama memegang jawatan Perdana Menteri itu, mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, namun tiada tindakan dikenakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan, beberapa pegawai dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah menemui Dr Mahathir di pejabatnya, di bangunan Yayasan Al Bukhary.
Menurutnya, keterangan Dr Mahathir diambil berdasarkan dakwaannya ada Ketua Umno Bahagian yang menerima rasuah.

"Beliau disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya.

Seksyen 500 Kanun Keseksaan digunakan, kerana seseorang itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Khalid berkata, dakwaan Dr Mahathir itu dibuat ketika beliau berucap pada perhimpuan Bersih 4 di Dataran Merdeka, pada akhir Ogos lalu.

Kira-kira jam 11 pagi tadi, tiga anggota polis menyoal siasat Dr Mahathir, namun ada beberapa soalan yang tidak dijawab atau hanya diberikan jawapan ringkas.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas tindakan selanjutnya, selepas keterangan tersebut diambil.

Tiada ulasan:

Pembangkang kitar semula manifesto lama

HAMPIR semua parti memerintah di seluruh negara sudah melancarkan manifesto pilihan raya umum masing-masing. Pelbagai janji dan tawaran d...