Jumaat, 6 November 2015

Serbuan ke atas Malaysiakini: SKMM keluar kenyataan esok

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hanya akan mengeluarkan kenyataan esok, berhubung serbuan agensi itu ke atas portal berita, Malaysiakini.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, suruhanjaya itu tidak akan mengeluarkan sebarang komen berhubung serbuan berkenaan hari ini.

"Berhubung serbuan berkenaan, Pengerusi SKMM, Datuk Seri Halim Shafie akan keluarkan kenyataan esok," katanya melalui khidmat pesanan ringkas kepada The Rakyat Post.
Terdahulu, SKMM dan polis melakukan serbuan ke atas Malaysiakini, bagi menyiasat laporan berkaitan pemindahan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan portal berita itu, baru-baru ini.

Memetik laporan portal berkenaan, lebih 10 pegawai dan anggota SKMM serta polis pergi ke pejabat Malaysiakini, sejak jam 5 petang tadi.

SKMM juga telah mengambil kenyataan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan dan seorang wartawan berhubung laporan yang disiarkan Isnin lalu.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan seorang Timbalan Pendakwa Raya SPRM yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting, dipindahkan secara mengejut hari ini.

Portal itu yang memetik sumber sebagai melaporkan, pegawai tersebut adalah Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

"Apa yang menjadikan pemindahannya penuh tanda tanya adalah, peminjaman Ahmad Shazalee ke SPRM baru sahaja dilanjutkan pada pertengahan tahun ini dan sepatutnya berkuat kuasa sehingga 2017," kata portal itu lagi.

Tiada ulasan:

Musuh sebenar Yahudi bukan Palestin, tapi Bani Jawi.

BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...