Isnin, 23 November 2015

Jangan nafi, jawab dengan polis kata Zahid kepada Tian Chua

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan menarik semula pendedahan yang dibuat terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua yang didakwa mengatur pertemuan pemimpin parti itu dengan anak bekas ketua pengganas, Jacel Kiram.
Malah, Ahmad Zahid meminta Chua tidak menafikan perkara itu kepada media, sebaliknya  perlu memberi kenyataan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dipanggil untuk memberi keterangan nanti.

zahidhamididr

"Sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau dia mengaku tidak terlibat, saya tidak berhasrat menarik balik kenyataan saya pagi tadi. Beliau (Tian Chua) jawablah, kerana beliau sahaja yang tahu mengenai perjumpaan di Manila itu,

"Saya nasihatkan tak perlu beliau nafikannya kepada media, sila jawab kepada polis apabila diminta beri keterangan," kata Ahmad Zahid dalam satu sidang media ringkas di Lobi Parlimen, Isnin.

Pagi tadi Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa, Chua yang juga Ahli Parlimen PKR Batu bertanggungjawab mengatur pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan anak bekas ketua pengganas, Jacel Kiram berikutan tersebarnya gambar mereka bersama minggu lalu.

Chua bagaimanapun selepas pendedahan itu, menyifatkan kenyataan yang dibuat  Ahmad Zahid sebagai tidak berasas dan meminta beliau menarik balik dakwaan tersebut.

Sejak minggu lalu, Nurul Izzah mendapat kecaman pelbagai pihak kerana tidak menghormati rakyat Sabah khususnya mereka yang menjadi mangsa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Nurul Izzah dalam penjelasannya turut mengaitkan kehadiran Chua dalam perjumpaan di Manila minggu lalu sebagai sokongan kepada keputusan satu kumpulan kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendesak pembebasan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tian Chuak dah cuak dah .....

Transkrip penuh temuramah KP SPRM Mohd Shukri:

"I want to see yo u cerita pengalaman i dalam siasatan kes  personal  1MDB.  Before i proceed I am gonna because, just now i got meet...