Isnin, 9 November 2015

Pecah tembelang isu anak Azmin dan polis... dah lama panggil tak datang

 
Lagi kisah 'akai' pembangkang hendak meraih simpati tapi bertukar 'backfire' selepas cerita sebenar didedahkan kepada umum.

Sekali dengar memang kasihan apabila Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang buat riuh kononnya polis ganggu anak dia hendak ambil periksa dengan panggil untuk beri keterangan berkaitan himpunan Bersih.

Bagi orang yang tidak tahu fakta sebenar... rasa macam tak patut sangat polis panggil masa 'budak' nak periksa.

Rupa-rupanya... orang ramai kena tipu hidup-hidup dengan lakonan politik Azmin Ali.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata anak lelaki  Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak beberapa bulan lalu, namun gagal memberikan kerjasama.

Beliau menjelaskan polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon untuk hadir memberi keterangan bagi mengelak sebarang kekecohan.

"Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah.

"Maknanya, polis telah memberikan begitu banyak masa, malah beliau sebenarnya boleh memilih untuk hadir memberikan keterangan lebih awal tanpa menunggu notis dikeluarkan," katanya mengulas rungutan Mohamed Azmin berhubung notis yang meminta anaknya hadir memberikan keterangan di balai polis walaupun perlu menduduki peperiksaan akhir tahun.

Menurut notis tersebut, anak Azmin dikehendaki hadir 10 pagi Isnin di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi direkodkan keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.

Tajuddin berkata berdasarkan tempoh masa yang diberikan, beliau percaya isu peperiksaan sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan prasangka negatif terhadap tindakan polis tersebut.

Pada Ahad, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerusi laman sosial twitternya memuat naik status menyatakan anak lelakinya itu dipanggil polis bagi direkodkan keterangan hari ini kerana terlibat di dalam perhimpunan berkenaan.

Mohamed Azmin juga dilaporkan berkata bahawa anak lelakinya akan menduduki semua kertas peperiksaan akhirnya yang bermula hari ini sehingga Jumaat terlebih dahulu sebelum memberi sebarang keterangan kepada polis.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji berkata notis itu dikeluarkan selepas anak lelaki Azmin gagal hadir ke balai polis tersebut selama beberapa bulan.

"Kami dimaklumkan bahawa dia sibuk dengan peperiksaannya. Kami cuba untuk bertolak-ansur dan memahami, oleh itu kami terus menangguhkannya.

"Namun selepas lama menunggu, DPP memutuskan untuk mengeluarkan notis tersebut. Kami hanya menjalankan tugas," katanya.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, mereka yang berumur 15 tahun ke bawah tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana perhimpunan awam.

Sementara itu, peguam PKR Latheefa Koya memberitahu anak Azmin akan memberi keterangan selepas peperiksaan.

"Saya bercakap dengan pegawai penyiasat, ASP Ananthan pada petang Ahad dan akan menghantar surat kepadanya kira-kira pukul 10 pagi ini mengesahkan bahawa siasatan hanya akan diteruskan selepas dia selesai menduduki peperiksaannya.

"Kami akan memaklumkan kepada polis sebaik sahaja peperiksaannya selesai," kata Latheefa yang mewakili remaja berusia 15 tahun itu.

Menurut laporan, Azmin menyerahkan kepada peguamnya untuk memutuskan sama ada anak lelakinya perlu pergi ke balai polis untuk diambil keterangan pada Isnin berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih berikutan notis yang diserahkan oleh polis.

Notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah bertujuan memohon kehadiran anak lelaki Azmin ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi Isnin bagi bagi direkodkan keterangannya berhubung perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan: