Sabtu, 7 November 2015

Tukar nama sekadar lawak, kata ADUN Sekinchan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim yang digelar rasis semalam apabila mendesak sebuah perkampungan di Sabak Bernam ditukar kepada nama melambangkan Cina mendakwa ia hanya sekadar bahan jenaka.
 
Ng menegaskan cadangan tukar nama itu tidak perlu dijadikan isu yang besar, malah Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali juga faham maksud di sebalik apa yang dikatakan semalam.
 
“Itu cuma lawak sahaja. MB (Azmin) pun tahu saya berlawak, dia pun berseloroh juga kalau Noh Omar itu tak payahlah. Ini tiada kaitan dengan Noh Omar.(jika) tiada kaitan, maka tiadalah. Kalau ini ada kaitan dengan Noh Omar tukarlah.
"Kalau tengok saya cakap semalam memang dalam nada gurauan itu. Bukan saya nak tukar Simpang Empat Bagan Nahkoda Omar kepada nama Cina," katanya yang ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pagi tadi.
 
Semalam, ketika berbahas di DUN Selangor, Ng didakwa bersikap rasis apabila mahu nama sebuah kampung Cina di Sekinchan iaitu Bagan Nakhoda Omar ditukar kepada nama yang melambangkan Cina memandangkan 100 peratus penduduk di sana adalah kaum Cina.
 
Ng yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor mencadangkan nama kampung tersebut ditukar kepada Bagan Nakhoda Chong. 
 
Cadangan Ng itu bagaimanapun tidak disenangi oleh ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Razak yang kemudiannya bangun dan menyatakan ia sebagai satu kenyataan yang bersifat rasis.
 
"Saya tegaskan bahawa Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar adalah kawasan Melayu. Manakala Bagan Nakhoda Omar pula diduduki kaum Cina yang bekerja sebagai nelayan. 
 
"Sejak bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mentadbir negeri lagi kita sudah syorkan banyak kali supaya Pejabat Tanah dan Galian menukar status rizab Melayu ini.
 
"Sebab sudah lama masyarakat Cina tinggal di sana, dalam tempoh 50 tahun. Mereka minta hak milik geran tetapi tidak boleh sebab kekangan tanah jadi Pejabat Tanah dan Galian buat beberapa kali pun masih belum selesai.
 
"Soal tukar nama kawasan Cina itu lawak. Sebab bunyinya macam Noh Omar. Noh Omar dengan saya memang selalu gaduh. Jadi saya katakan kalau begitu, tak payah gunalah nama Noh Omar. Ia bukan soal Melayu atau tidak," jelasnya lagi.  
ADUN Sekinchan sedia lawan Jamal Yunos
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Ng Suee Lim menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus dalam apa jua keadaan susulan kenyataan 'rasisnya' dalam sidang DUN semalam.
Beliau berkata demikian sebagai respon mengenai tindakan Jamal yang bakal mengadakan sidang media hari ini susulan kenyataan rasis tersebut. 
 
"Dia nak cakap saya rasis. Terpulanglah, ini politik. Nak gelar saya rasis, biar dia gelar. Saya akan lawan mereka di mana-mana juga. Tak ada masalah.
 
"Saya memang dah tunggu dia lama untuk berjumpa dalam pilihan raya sebab dia marah Cina babi. Itu satu perkara yang tidak boleh dinafikan. (Jamal cakap dalam) Himpunan Merah, 16 September, terang-terang dia cakap Cina babi," katanya kepada media di DUN Selangor, pagi tadi.
 
Ng turut bersedia jika Jamal mahu bertanding di dalam pilihan raya umum akan datang di Parlimen Sungai Besar.
 
"Itu saya nak bagitahu masyarakat di seluruh Malaysia, bahawa saya tunggu dia di pilihan raya akan datang di Parlimen Sungai Besar. Sebab dia berhajat besar beserta dengan usaha keras melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk jadi calon Umno di Parlimen Sungai Besar," katanya.
 
Ng yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor mengeluarkan satu kenyataan berbentuk rasis semalam apabila mahu nama sebuah kampung Cina di Sekinchan, Bagan Nakhoda Omar ditukar kepada nama yang melambangkan Cina memandangkan 100 peratus penduduk di situ adalah kaum Cina.
 
Beliau juga meminta status tanah rizab Melayu dan warta di perkampungan itu dibatalkan.
 

Tiada ulasan:

Musuh sebenar Yahudi bukan Palestin, tapi Bani Jawi.

BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...