Khamis, 25 September 2014

Pasangan Alvivi lari ke Amerika mohon suaka politik

Blogger Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee yang berdepan tuduhan jenayah mengikut Akta Hasutan selain Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet, termasuk gambar menghina umat Islam di laman Facebook mendakwa kini berada di Amerika Syarikat.

Alvin Tan, melarikan diri daripada diburu pihak berkuasa Malaysia dan Singapura mendakwa kini berada di Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan suaka politik.

alvin dan vivian

Beliau bersama pasangannya, Vivian Lee, 25, berdepan tuduhan jenayah mengikut Akta Hasutan selain Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet, termasuk gambar menghina umat Islam di laman Facebook, lapor Channel News Asia (CNA).


Pasangan yang dikenali sebagai “Alvivi” itu dituduh melakukan perbuatan berunsur hasutan dengan memuat naik gambar mereka di Facebook sedang menikmati bak kut teh (sup herba babi) dan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” ketika bulan Ramadan.

Bercakap kepada koresponden CNA melalui akaun Facebook peribadi yang disahkan wartawan penyiaran itu milik Tan, beliau berkata: “Saya kini sibuk memulakan hidup baru (di Amerika Syarikat) selain menanti perbicaraan akhir permohonan suaka saya.”

Katanya, beliau mula-mula memohon suaka politik daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat pada bulan Mei selepas mula hilang daripada pandangan umum susulan pembikinan sebuah dokumentari di Singapura.

Tiada ulasan: