Khamis, 25 September 2014

Sejarah dan Biodata Azmin Ali

• Tarikh lahir: 25 Ogos 1964.
• Sekolah Rendah: Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur

• Sekolah Menengah: Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur

• Lulusan: Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat

• Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota
Sarjana Pendidikan (Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.


• Karier Politik: Bermula sekitar 1987 atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran.  Dilantik Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran

• Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Okt 1987 sehingga 1998.
Kesetiaan Mohamed Azmin Ali kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 Sept 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.

• Hubungan Mohamed Azmin Ali dengan Dr Mahathir mula keruh yang dianggap sebagai bapanya sendiri apabila Anwar Ibrahim dipecat

Mohamed Azmin Ali merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.

Pada 2010 beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2010/2013

• Mohamed Azmin Ali mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.

Pada PRU ke-10 pada 1999, Mohamed Azmin (Parti Keadilan) menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.

• Pada PRU Ke-12, 2008, Mohamed Azmin Ali menang kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-Umno Haslinda Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.

• Mohamed Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU ke-13.

* 23hb September 2014: Mohamed Azmin menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor dan mengangkat sumpah depan Sultan Selangor di Istana Alam Shah.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran