Sabtu, 6 September 2014

Hj Hadi kecewa dgn PKR, hantar sendiri nama kpd Sultan


Tiga nama anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor yang disenaraikan untuk pertimbangan Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar yang baharu disediakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tanpa pengetahuai semua kepimpinan Pas Pusat, Abdul Hadi berurusan sendiri dengan pihak istana dalam usaha menyerahkan tiga nama anggota Exco dari Pas itu selepas beliau dikatakan kecewa tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memenuhi titah Sultan sebelum ini.

Sumber yang rapat dengan Abdul Hadi memberitahu, memang benar kalau Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta ketiga-tiga Exco berkenaan tidak tahu menahu dan berlaku percanggahan pendapatan dalam kes itu semalam.

“Ini kerana Abdul Hadi sendiri yang memutuskan untuk menyenaraikan tiga nama anggota Exco itu dan menyerahkannya kepada baginda sultan untuk dipertimbangkan mendapat perkenan sebagai Menteri Besar,” katanya.

Sumber itu juga dipetik sebagai berkata, Presiden Pas berbuat demikian kerana tidak mahu kemelut pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berlarutan sehingga mengganggu kemakmuran rakyat.

Beliau turut mengesahkan tiga nama anggota Exco dari Pas itu ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehen Mukhyi dan Dr. Ahmad Yunus Hairi.

“Semua ini tidak ada kena mengena dengan Pas Pusat. Ia datang daripada tindakan Presiden sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai dua daripada tiga nama itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR, sumber itu berkata, ia hanya andaian pihak tertentu yang tidak tahu menahu perkara sebenar berlaku.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan Abdul Hadi selepas mendapati PKR hanya memuktamadkan nama Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal mereka sebagai Menteri Besar Selangor dan tidak mendapat perkenan sultan.

Tiada ulasan:

Undi anda tidak rahsia? Mengarutlah

HARI ni ambo nak ceritakan sikit pasal isu yang tersebar luas mengenai kebimbangan segelintir pengundi yang mengatakan kononnya parti mem...