Ahad, 7 September 2014

Tok Pa puas hati gerak kerja jentera BN


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 25 September ini.

Katanya, beliau yakin pengundi yang kekal memilih UMNO sebagai wakil rakyat di kawasan itu memandangkan banyak bakti telah disemai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

“Saya telah turun ke banyak tempat dalam DUN Pengkalan Kubor, saya dapat rasakan semangat atau jiwa Allahyarham tersemat kukuh dalam sanubari penduduk di sini.

“Rata-rata mereka menyatakan sokongan kepada UMNO dan tidak kira siapa calonnya, mereka akan memberi undi kepada BN,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika turun pada di Pusat Dalam Mengundi (PDM) Kedai Geting.

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dan memberi amanat kepada ketua-ketua PDM dalam DUN Pengkalan Kubor.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz dan Naib Ketua Bahagian, Wan Hanapi Wan Yaacob.

Menurut Mustapa, beliau puas hati dengan perjalanan dan gerak kerja jentera pilihan raya dari BN dan mengucapkan terima kasih kepada jentera negeri yang turun memberi sokongan, di samping membantu dari segi moral dan fizikal.

Mengenai soal calon, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti dan namanya akan diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu ini.

Tiada ulasan:

BN bermula tahun 1959, 59 tahun kemudian BN jatuh

Tun Mahathir bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan mengadakan sidang media mengumumkan kemenangan. SIRI 1 KETIKA sahabat...