Isnin, 8 September 2014

Pemuda Pas, AMK dan DAPSY enggan ulas kemurkaan sultan


Dewan Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat minta rakyat bertenang dengan dakwaan mengatakan Sultan Selangor murka terhadap DAP dan PKR kerana tidak mematuhi titah baginda yang mahu tiga nama calon dari setiap parti untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya juga sedang menunggu pandangan daripada pucuk kepimpinan utama parti berhubung kes itu.

“Saya dan rakan sejawatan (Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad) pun baru mendapat tahu maklumat itu. Saya tidak dapat membuat sebarang komen lagi.

“Baik anda (wartawan) tanya ketua kami. Saya tidak ada mandat untuk menjawabnya,” katanya kepada wartawan pada sidang media bersama Pemuda Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Subang hari ini.

Beliau ditanya mengenai surat dikeluarkan Istana Selangor pagi ini, yang melaporkan baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan PKR dan DAP mengemukakan satu nama calon, iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sedangkan dalam titah kepada ketiga-tiga parti pakatan pembangkang pada 27 Ogos lalu, baginda meminta Pas, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan senarai lebih daripada dua calon.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran