Khamis, 25 September 2014

Exco: Azmin ketepikan Wan Azizah elak cetus kontroversi?

Mohamad Azmin Ali dijangka tidak menamakan Adun Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai anggota Exco kerajaan negeri  untuk mengelak mencetuskan kontroversi serta khuatir tidak mendapat perkenan Sultan Selangor.
Selain itu, Menteri Besar Selangor yang baharu itu tentunya tidak mahu Wan Azizah yang juga Presiden PKR berada di bawah kuasa dalam barisan Exco kerajaan negeri.

Setakat ini, difahamkan nama Wan Azizah sebagai Exco tidak dibicangkan dalam mesyuarat PKR bagi menentukan barisan Exco yang akan mewakili parti itu.

azminwanjijah

Lagipun, Azmin tidak perlu silap dalam tugas pertama beliau ini dan perlu membuktikan keputusan beliau tidak dipengaruhi orang lain.

Antara yang disebut-betul akan dicadangkan oleh Azmin ialah Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau sebelum ini timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Selain itu, Adun Ijok Dr Idris Ahmad juga dijangka akan membarisi anggota Exco.

Adun  Rawang, Gan Gan Pei Nei juga berkemungkinan dalam senarai Azmin untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor bagi mengangkat sumpah pada Jumaat.

DAP pula dijangka mencalonkan Adun Bukit Gasing R.Rajiv, Adun Kampung Tunku Lau Weng San dan bekas Speaker yang Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

PAS pula dijangka mengekalkan empat Exco sebelum ini.

Mereka ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehen Mukhyi, Ahmad Yunus Hairi serta Dr Halimah Ali.
Ramai juga menjangkakan Azmin akan melantik Adun PAS Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar sebelum ini.

Bagaimanapun, memandangkan tindakan dua Adun PAS itu tidak disenangi PAS Pusat, Azmin tentu tidak mahu mencari maalah dengan melantik kedua-dua mereka buat masa ini.

Azmin dijangka akur dengan  senarai nama bakal Exco yang dicadangkan kedua-dua parti itu.

Walaupun ada desakan supaya kuota empat wakil PAS dan masing-masing tiga daripada PKR dikaji, Azmin tentu tidak berbuat demikian bagi mengelak ujud krisis baru dalam Pakatan Rakyat.

Jika semua nama diperkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, ke semua mereka akan mengangkat sumpah pagi Jumaat.

Selain anggota Exco turut jadi tumpuan nanti adalah pelantikan Speaker dan timbalannya.

Azmin dipercayai akan melantik bukan dari kalangan Adun sebagai Speaker seperti di Perak dan Terenganu kerana mahu memastikan beliau memperolehi bilangan undi yang cukup dalam DUN Selangor.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran