Ahad, 7 September 2014

Dewan Ulamak Pas usaha pulih semangat perjuangan ahli


Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diperbetulkan bagi mengembalikan semula semangat perjuangan dalam kalangan ahlinya yang dilihat sering bertelagah sesama sendiri sejak parti itu bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.

Setiausaha Lajnah Penerangan DUPP, Muhd Najhan Abd Halim berkata, masalah itu akan disenaraikan dalam bentuk risalah oleh pihaknya untuk diedarkan kepada semua ahli dengan harapan dapat merawat penyakit hati yang menyerang diri mereka.

Kebelakangan ini, jelasnya, berlaku sedikit pergolakan dalam Pas apabila ahlinya rata-rata dilihat bijak berbicara, berhujah, berpolitik dan bertelingkah sesama sendiri, yang disebabkan beberapa faktor tertentu.

Risalah yang kita sediakan ini sebagai satu usaha untuk mengembalikan kejernihan apabila kita mengenalpasti apakah punca penyakit ini, sekali gus dapat merawatnya,” kata beliau.


Muhd Najhan berkata, antara masalah yang menyerang jiwa ahli parti itu ialah mereka duduk dalam jamaah Islam, tetapi tidak berjamaah dalam solat, sedangkan kepimpinan dan jamaah dididik daripada solat berjamaah serta diperolehi keberkatan dengan solat.

“Mereka didapati tidak minat menghadiri majlis ilmu di surau dan masjid, walaupun ada yang mengatakan kuliah surau dan masjid tidak diajar ilmu haraki. Namun, ilmu turath dan ilmu Islam fardu ain wajib dihadami oleh ahli.

“Selain itu, mereka juga tidak berdampingan dengan ulamak, yang mana kebanyakannya berdamping dengan orang jahil dan mendengar pandangan daripada juhala' dalam meneliti sesuatu perkara dan isu,” katanya.

Beliau turut mendedahkan, sikap kurang membaca al-Quran juga antara faktor ahli Pas diserang penyakit hati.

Ujar Muhd Najhan, penyakit lain yang turut dikesan melanda jiwa ahli Pas ialah suka melepak sehingga gagal memasyarakatkan diri mereka dengan orang lain di warung, kedai mamak dan restoran.

Tiada ulasan:

Penubuhan Pasukan Khas siasatan kes 1MDB

YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas Siasatan 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes 1MD...