Ahad, 21 September 2014

Muktamar PAS: Perwakilan Desak Lulus Usul Tolak Jawatan MB

Muktamar PAS Johor

Batu Pahat – Muktamar PAS hari ini didesak meluluskan usul menolak jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya dipilih oleh Istana untuk mengisi kerusi tersebut.

Teka-teki calon mana yang diperkenan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjadi MB baru masih belum terjawab selepas Istana Selangor mengesahkan calon menteri besar sudah dipilih dan upacara angkat sumpah ditetapkan Selasa depan.

Hari ini perwakilan Perlis Wan Kharizam Wan Khazim berkata PAS harus menolak kerusi itu jika ADUNnya dipilih. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor mencalonkan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad untuk jawatan itu.


“Ada kemungkinan jawatan itu diberi kepada PAS. Tetapi kita sudah janji, jawatan itu untuk PKR. Jadi, saya minta persidangan ini buat satu pendirian rasmi yang PAS akan tolak jawatan itu seperti yang kita umumkan pada 17 Ogos,” kata Wan Kharizam pada sesi perbahasan.

Perbahasan tersebut dilihat selari dengan pendirian Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu yang berkata, PAS tetap dengan keputusan menolak jawatan Menteri Besar Selangor walaupun ia diputuskan oeh Sultan Selangor.

Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sekiranya jawatan tersebut diberikan kepada PAS kerajaan negeri Selangor tidak akan mampu bertahan lama kerana rakan sekutu mereka dari PKR dan DAP tentu tidak akan bersetuju.

“Kalau DAP dan PKR tidak setuju daripada PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara,” kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam.

Manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata PAS akan menerima sebarang keputusan Sultan Selangor serta meminta PKR dan DAP untuk turut berbuat demikian.

Desas-desus Sultan Sharafuddin sudah perkenan memilih sama ada Iskandar atau Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semakin hangat.

Ia selepas baginda menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bertegas untuk hanya mencalonkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Iskandar juga dipetik dilaporkan sehingga kini beliau tidak mendapat apa-apa maklumat atau dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
 
“Saya tidak tahu apa-apa (mengangkat sumpah), bukan saya. Saya kini berada di Muktamar Pas, saya tak tahu siapa yang akan jadi Menteri Besar,” katanya.

Sementar itu nama Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat disebut-sebut selepas pencalonan tunggal Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail oleh PKR dan DAP, ditolak.
 
Difahamkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berusaha bermati-matian mahukan isterinya itu dilantik sebagai Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR.
 
Anwar sebelum ini malah sanggup mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan menghantar satu nama sahaja sehingga dianggap derhaka.

Khalid meletak jawatan sebagai MB selepas beliau dipecat daripada PKR. Bagaimanapun Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta Khalid meneruskan kerja sebagai MB sehingga calon baru di lantik.

Tiada ulasan:

Buaya timbul tanda kempen bebas plastik Selangor berjaya?

AKU tak tahu, nak nangis atau nak ketawa bila seorang anggota Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berkata, pelbagai fauna seperti buay...