Sabtu, 8 Mac 2014

Anwar tak layak bertanding PRK Kajang

Riak wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar dari Mahkamah Rayuan bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan anak, Nurul Izzah selepas Perbicaraan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya.Gambar FAREEZ FADZIL
 
Riak wajah Anwar Ibrahim ketika keluar dari Mahkamah Rayuan bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan anak, Nurul Izzah selepas perbicaraan kes liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. 
 
“Sesiapa pun yang ganti, beliau mesti calon yang lebih baik,”

Itu jawapan ringkas Anwar Ibrahim sebaik sahaja ditanya wartawan mengenai statusnya sebagai bakal calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sejurus keluar dari pintu mahkamah di sini petang tadi.

Peguamnya, Karpal Singh juga memaklumkan Anwar tidak layak meneruskan misinya di Kajang berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan anak guamnya bersalah kes liwat.





Naib Presiden PKR, N. Surendran juga berkata, Anwar tidak akan dapat bertanding kerana sabitannya dalam kes liwat II hari ini membatalkan kelayakannya untuk menjadi calon.

Menurutnya, memandangkan Anwar telah disabitkan, maka soal "kehilangan kelayakan tidak dapat dielakkan".

Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang individu yang disabitkan, tidak berkelayakan untuk menjadi calon jika sabitan itu termasuk hukuman penjara lebih setahun, atau denda lebih RM2,000.

Ini juga dinyatakan dalam buku panduan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon pilihan raya.
Nampaknya PKR sekali lagi terpaksa mencari calon baharu kepada PKR DUN Kajang.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: