Jumaat, 21 Mac 2014

Bunuh dan disimen

Mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu dipercayai diculik. Dia dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Akhbar utama di Malaysia telah melaporkan tentang bagaimana penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan. 

Mayat ahli perniagaan yang dibunuh dengan cara ditembak itu telah disimen ke dalam tong sebelum di tanam di sebuah lokasi di Bukit Pelandok, Lukut, Negeri Sembilan.

Difahamkan, dua daripada enam suspek telah mengaku bertanggung jawab membunuh ahli perniagaan tersebut yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras sejak tiga bulan lalu.

Sumber polis berkata, pemeriksaan forensik akhirnya menemui tong berisi simen di tepi jalan ke Bukit Pelandok.

Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsikan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia ketika usaha memecahkan simen bagi mengeluarkan mayat mangsa dijalankan. 

Bagi yang tidak tahu, ini merupakan sebahagian daripada tugas bomba selain memadam kebakaran dan menangkap binatang yang mengancam keselamatan masyarakat.

Tiada ulasan:

Najib Razak ditahan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat ...