Selasa, 11 Mac 2014

Delegasi, keluarga penumpang China tiba ke Malaysia


Wajah suram jelas kelihatan pada mereka yang dipercayai dalam kalangan ahli keluarga mangsa tragedikehilangan pesawat MH370 sewaktu gambar yang sempat dirakamkan, setibanya kira-kira 10 ahli keluarga mangsa tragedi kapal terbang MH370 yang hilang ke Cyberview Resort & Spa, mereka diterbangkan dari Republik China dan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi  tadi.Gambar: ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR/11 MAC 2014
Wajah suram jelas kelihatan pada mereka yang dipercayai dalam kalangan ahli keluarga mangsa 
tragedi kehilangan pesawat MH370 sewaktu gambar yang sempat dirakamkan, setibanya kira-kira 
10 ahli keluarga mangsa tragedi kapal terbang MH370 yang hilang ke Cyberview Resort & Spa, 
mereka diterbangkan dari Republik China dan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala 
Lumpur pagi tadi.

Delegasi dari China bagi membantu ahli keluarga mangsa tragedi MH370 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pukul 8 pagi tadi.

Ketibaan delegasi itu turut disertai sekumpulan 10 orang lagi ahli keluarga mangsa MH370 selain sekumpulan pertama yang tiba semalam.

Kesemua mereka masuk melalui jalan khas di KLIA.

Mereka kemudiannya ditempatkan di sebuah bilik khas di tingkat 5, KLIA sebelum dibawa menaiki kenderaan khas Kedutaan China di Malaysia.

Cubaan beberapa wakil media tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai delegasi itu gagal apabila mereka enggan ditemu bual.



Pihak Malaysia Airline System Berhad (MAS) juga enggan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, seorang kakitangan keselamatan MAHB mengesahkan sekumpulan ahli keluarga mangsa MH370 telah dibawa keluar melalui laluan khas di KLIA.

Katanya, terdapat banyak laluan keluar selain dua pintu utama yang biasanya digunakan oleh orang awam.



Beliau turut mengesahkan sekumpulan ahli keluarga telah tiba pada pukul 8 pagi dan dibawa keluar menuju ke lokasi penginapan di Putrajaya.

Difahamkan, kesemua keluarga dari negara Tanah Besar China itu telah ditempatkan di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya bermula hari ini sehingga waktu yang belum ditetapkan.

Menurut sumber pihak hotel, sebanyak 49 bilik telah ditempah oleh MAS buat ahli keluarga yang telah atau bakal tiba.

Tiada ulasan: