Bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim Ahmad
yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya berunsur anti-hadis
baru-baru ini, ditahan penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di
rumahnya, di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim, di sini hari ini.
Kassim, yang baharu keluar dari hospital lebih seminggu lalu ditahan
oleh sepasukan pegawai Jakim dengan bantuan polis serta penguatkuasa
Pejabat Agama Islam Daerah Kulim kira-kira pukul 12.30 tengah hari
Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(Jawi) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas kesalahan mengikut
Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997
iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.
Kadi Daerah Kulim, Sheikh Yusof Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. - UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan