Sama ada sedar atau tidak, Majlis Peguam
Malaysia mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya,
Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mendakwa hubungan seks luar tabii itu
dilakukan atas dasar suka sama suka di antara dua lelaki dewasa.
Kesimpulan itu dibuat oleh Presidennya, Christopher Leong, dalam satu
kenyataan media pada Ahad, 9 Mac lalu yang turut disiarkan laman web
rasmi majlis berkenaan.
"Majlis
Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’
Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan
hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa," kata Christopher.
Menurut Christopher, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan
liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas
dasar paksaan, sedangkan dalam kes Anwar, dakwanya ia dilakukan atas
dasar kerelaan mangsa.
Jumaat lalu, Anwar dihukum penjara
lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas
pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang
bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara
mendapati Anwar bersalah pada pukul 6.15 petang ini setelah mendengar
hujah kedua-dua pihak sejak pukul 9.15 pagi.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman itu
ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan syarat Ahli Parlimen
Permatang Pauh itu perlu membayar jaminan sebanyak RM10,000 pada Isnin.
Panel hakim berkenaan memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan
pihak pendakwaan yang diketuai oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee
Abdullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9
Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan
tersebut.
Ketika
Mahkamah Tinggi berkenaan melepas dan membebaskan Anwar, bekas presiden
Majlis Peguam ketika itu, Lim Chee Wee juga mengeluarkan kenyataan yang
sama dengan Christopher iaitu menyambut baik pembebasan Anwar.
“Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara
orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke
mahkamah,” kata Lim yang turut dipetik akhbar Utusan Malaysia.
Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit
11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit
Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26
Jun 2008.
Ketua Pembangkang itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Ini merupakan sabitan kedua terhadap Anwar selepas dia penah dihukum
penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 setelah
didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Bagaimanapun, empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut
berjaya diketepikan oleh beliau di Mahkamah Persekutuan pada 5 September
2004 dengan keputusan majoriti 2-1.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan