Walaupun belum dapat dipastikan
kesahihannya tetapi sekurang-kurangnya dakwaan penduduk Kuda Huvadhoo di
Dhaal Atoll di Maldives bahawa melihat sebuah “pesawat jumbo terbang
rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, mungkin petunjuk baru
dalam misi pencarian MH370.
Lagipun lapangan terbang Male, Maldives dikatakan salah satu antara
lima penemuan pasukan penyiasat dan Polis Malaysia dalam sistem
simulator milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru,
penduduk setempat mendakwa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo
kira-kira jaml 6.15 pagi pada hari yang sama Boeing 777 200 yang membawa
239 penumpang dan kru hilang.
Malah,
mereka menggambarkan pesawat itu berwarna putih dengan jalur merah
warna hampir sama digunakan pesawat Malaysia Airlines termasuk untuk
penerbangan MH370.
Menurut laporan tersebut, saksi-saksi yang melihat pesawat itu
bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara
ke arah Addu, di selatan Maldives.
Ksemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.
“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi..
Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.
Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang
berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke
Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di
atas pulau itu adalah sangat rendah.
Dengan maklumat terbaru ini, usaha mencari tentu boleh ditumpukan di Maldives, kepulauan yang tidak jauh daripada Sri Lanka.
Kemungkinan dakwaan penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll melihat
pesawat ini boleh dikaitkan dengan siasatan polis terhadap simulator
milik Zaharie yang diambil pihak berkuasa dari rumahnya di Shah Alam,
tiga hari lalu.
Berita Harian dalam laporannya Selasa mendedahkan landasan lapangan
terbang Diego Garcia milik Amerika Syarikat antara lima penemuan pasukan
penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.
Akhbar itu memetik sumber yang berkata,penyiasatan mengambil kira
penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan
pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.
Selain landasan lapangan terbang Diego Garcia, siasatan itu juga
menemui landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga
lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak
landasan 1,000 meter.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan