Australian
Maritime Safety Authority (AMSA) mengesahkan misi pencarian pesawat
MH370 yang terhempas di Lautan Hindi ditangguhkan kerana keadaan cuaca
buruk.
"Operasi mencari MH370 ditangguhkan kerana cuaca buruk dan akan
dimulakan semula apabila cuaca kembali pulih," katanya dalam twitter
rasminya pagi ini.
Pesawat milik syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines
Bhd. (MAS) disahkan terhempas di satu kawasan terpencil di tengah-tengah
Lautan Hindi di barat daya Perth, Australia.
Semua penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban namun pihak
berkuasa Malaysia masih mahu operasi mencari terutamanya kotak hitam
diteruskan.
Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Beijing
itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara pada jam 1.19
pagi, 8 Mac lalu.
Menurut data-data dan analisis pakar, pesawat yang membawa 239
penumpang dan anak kapal itu telah sengaja dilencongkan dari laluan
asalnya namun motif utama tindakan tersebut masih lagi misteri.
Sebanyak 26 buah negara telah menyertai misi pencarian dan
penyelamat (SAR) yang digerakkan pada hari yang sama ia disahkan hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan