Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.
Saya seperti rakyat Malaysia
yang sangat mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya
merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.
1. Kita tahu dimana lokasinya: di daratan dan di kuala Lumpur.
2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.
3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.
4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.
5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.
Soalannya:
Siapa yang tahu dimana MH370 ?
Dengan siapa kita nak berunding ?
Siapa yang tahu apa kehendaknya ?
Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?
Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?
Kalau Anwar boleh jawab
soalaan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga
jadi Perdana Menteri baru nak bertindak.
Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.
Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya.
Tetapi beliau antara yang
bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak
sehingga akhir hayatnya. – Dato Fuad Hassan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan