SHAH ALAM - Peluang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas
untuk menjadi Menteri Besar Selangor dilihat sangat tipis kerana pucuk
pimpinan pakatan pembangkang dipercayai lebih cenderung memilih calon
daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setiausaha Agung Jalur Tiga, Norman Toha berkata, Pas juga didapati
takut dengan rakan sekutunya untuk memperjuangkan hak bagi merebut
kerusi Menteri Besar biarpun menguasai 15 kerusi DUN berbanding 14
kerusi dimiliki PKR.
Menurutnya, lebih malang apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa
Ali dalam laporan sebuah akhbar menyatakan parti itu tidak akan menuntut
jawatan tersebut dan keputusan itu jelas menunjukkan Pas hanya kuda
tunggangan dan 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.
"ADUN daripada Pas sebenarnya bukan tidak teringin jadi Menteri Besar
tetapi saya rasa mereka menerima tekanan hebat daripada DAP dan PKR
supaya jawatan nombor satu kerajaan negeri itu dipegang oleh calon PKR,"
katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Norman yang juga aktivis Pas memberitahu, Pas sepatutnya
mempertahankan hak tersebut kerana rakyat telah memberi mandat besar
kepada Pas melalui jumlah kerusi yang lebih banyak pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU-13) berbanding lapan kerusi DUN pada PRU-12 2008.
"Saya yakin rakyat Selangor inginkan Menteri Besar daripada Pas agar
dapat memperjuangkan dasar-dasar Islam seperti yang dilaung-laungkan
selama ini dan sebab itu, mereka memberi undi kepada Pas namun jika ini
tidak berlaku, rakyat pasti akan kecewa," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor,
Hamidzun Khairuddin menegaskan, jika pakatan pembangkang tidak melantik
ADUN daripada Pas menjadi Menteri Besar, ia jelas membuktikan mereka
bersikap tidak demokratik.
Menurutnya, berdasarkan komposisi kerusi, Pas bukan sahaja memiliki
kelebihan satu kerusi berbanding PKR, malah semua ADUN parti itu
beragama Islam dan berbangsa Melayu, berbeza dengan PKR yang mempunyai
empat wakil rakyat beragama lain.
"Oleh itu, wakil rakyat Pas lebih layak dilantik sebagai Menteri
Besar dan PKR langsung tidak layak memegang jawatan itu termasuk DAP
yang kesemua ADUN mereka bukan beragama Islam dan berbangsa Melayu,"
jelasnya.
Sejak Pas menguasai 15 kerusi DUN berbanding PKR yang memperoleh 14
kerusi dalam pakatan pembangkang, jawatan Menteri Besar dilaporkan
menjadi perebutan apabila ADUN daripada parti itu dilihat ramai pihak
lebih layak menyandang jawatan tersebut.
Antara calon Menteri Besar daripada Pas yang disebut-sebut ialah
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman; Timbalan Pesuruhjaya Pas
1 Negeri, Iskandar Abdul Samad; ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi
dan ADUN Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman.
Nama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR juga sering menjadi
bualan bakal meneruskan jawatannya sebagai Menteri Besar selain PKR juga
cenderung ingin meletakkan Mohamed Azmin Ali yang mengekalkan kerusi
DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak.
Bagaimanapun, sehingga kini, pakatan pembangkang di Selangor masih
membisu mengenai siapa yang lebih layak menduduki kerusi Menteri Besar
selepas mereka memenangi 44 kerusi DUN dalam PRU-13 Ahad lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
3 ulasan:
PAS ini sepatutnya bermuhasabah diri. Semak semula hala tuju parti dan peranan untuk membela Islam dan Melayu. Bukan bela Islam sahaja, sebab orang Kelantan itu adalah keturunan Melayu, dan bukan dari keturunan Arab. Tidak sepatut ikut cara ' "Arab" spring '. Buatlah "Melayu" Spring. PAS juga perlu fikir secara nasional, dan bukan pandang Kelantan sahaja, tidak relevant PAS hanya memikirkan HUDUD sahaja, sedangkan banyak lagi perkara asas kemanusiaan yang boleh diketengahkan. FIKIR. . .FIKIR
Meletakkan sesuatu pada haknya adalah adil dan menafikan hak adalah zalim. Pas berhak mentadbir Selangor. Rakyat yang memilih.
Setuju... ttp mereka tidak akan memilih PAS kerana periuk nasi DAP akn terjejas. Pusat urut, kelab malam, kedai 4D dll akan berkubur. Yg neutral adalah pkr... kiri kanan die sauk...
Catat Ulasan