KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berpendapat ada keperluan untuk kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja
(RCI) bagi mengenalpasti dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad
Datu, Sabah.
Beliau berkata, penubuhan RCI mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan rakyat mengenai insiden tersebut.
"Kita mempunyai kerajaan yang terbuka. Mereka (kerajaan) boleh
tubuhkan RCI sekiranya rakyat ingin tahu mengenai siapa dalang di
belakang pencerobohan ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Yayasan
Keamanan Perdana Global (PGPF) sebanyak RM80,000 kepada Tabung Kebajikan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Jumaat.
Sumbangan tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan
Sri Khalid Abu Bakar bagi mewakili ahli keluarga pewira negara yang
gugur ketika mempertahankan negara di Lahad Datu.
Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh,
manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.
Sementara itu, Dr Mahathir turut mempersoalkan sumber kewangan yang diperolehi untuk membiayai operasi kumpulan pengganas Sulu.
"Operasi itu memerlukan sumber kewangan yang besar...jadi dari mana wang itu datang? Saya sendiri tertanya-tanya mengenainya.
"Saya percaya Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan
Sulu adalah lelaki miskin...dari mana wang untuk membiayai kumpulan
pengganas itu datang?," katanya.
Beliau percaya wujud pihak ketiga yang membiayai pergerakan kumpulan
pengganas Sulu memandangkan kerajaan Filipina mengesahkan Kiram adalah
lelaki miskin.
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI atau membuka kertas putih bagi
menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik
insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Hishammuddin berkata, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal
pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang
membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan
dan kedaulatan negara.
"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang
berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka
kertas putih.
"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan
siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada
keselamatan nasional," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan