Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.
Sebelum
ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat
dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti
sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang
pilihan raya umum ke-13.
Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI
Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes
pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan
pemimpin tertinggi politik.
eliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu
tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran
dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.
Balasubramaniam
kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum
ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.
"Beliau sepatutnya
membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata
peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.
Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.
Selepas
membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau
dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan