LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki
bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada
kepungan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.
Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada
53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam
tembakan di Semporna.
Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.
Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.
"Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung," katanya.
Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki
bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung
Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo.
Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung
Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka
keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan
sekunder di sana.
Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.
"Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan