PASIR MAS: Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang terkorban
sepatutnya melangsungkan pertunangannya dengan kekasihnya dari Kuala
Krai bulan lalu, namun majlis tersebut terpaksa ditangguhkan apabila dia
dihantar menyertai misi Ops Daulat di Sabah.
Kini majlis tersebut tidak mungkin berlangsung kerana Ahmad Hurairah, terbunuh dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu.
Ibunya pengsan sebaik sahaja menerima berita pemergian anaknya itu pada Isnin.
Rahmah Mamat,50, yang masih sedih dan terkilan kerana sudah lama
tidak menemui anak kesayangannya itu ditemui pemberita di rumahnya di
Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, di sini.
"Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada Hari Raya dua tahun lalu.
Saya menerima pesanan khidmat ringkas terakhir daripadanya pada 10 Mac
yang meminta kami mendoakan keselamatannya.
"Saya sangat sedih kerana sudah terlalu lama tidak bertemu dengan
dia, kini saya tidak akan dapat berjumpa dengan dia lagi," kata Rahmah
sambil menangis teresak-esak.
Rahmah juga tidak tahu bagaimana anaknya terbunuh, sebaliknya dia
berkata: "Apa yang saya tahu dia terkorban kerana mempertahankan
negara."
Sementara itu, ayah kepada Prebet Ahmad Hurairah, Ismail Hussin, 60,
berkata dia juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada anaknya.
"Semua yang saya tahu dia terbunuh ketika bertugas. Jenazahnya akan
dibawa pulang pada esok (hari ini) dan saya menerima kematiannya dengan
reda. Dia gugur kerana berjuang untuk negara," katanya yang juga seorang
petani.
Ahmad Hurairah terbunuh di Sungai Nyamuk, Tanduo, Lahad Datu ketika operasi
pembersihan dijalankan di kawasan berkenaan pada 10 pagi Isnin.
Beliau berkata, anaknya itu merupakan seorang yang ceria dan
berkhidmat dengan Batalion 7 Regimen Askar Diraja Melayu di Tawau sejak
empat tahun lalu.
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri
Mustapa Mohamad yang melawat keluarga mangsa turut menyampaikan ucapan
takziah serta sumbangan peribadi bagi membantu upacara pengebumian.
Mustapa berkata, pengorbanan Ahmad Hurairah yang gugur ketika mempertahankan negara akan tetap dikenang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan